Rakyat Malaysia sangat bertuah kerana dapat hidup di negara yang banyak memberikan kemudahan daripada segi kemudahan awam.
Baru-baru ini seorang warganet dari Indonesia berkongsi perasaan kagum terhadap rakyat Malaysia yang amat bertuah dapat menggunakan pengangkutan awam yang mudah dan murah.
Menurutnya, dia tidak dapat keistimewaan yang sama seperti itu di negaranya sendiri.
https://x.com/aliviaawin/status/1837316433308786999
“Apabila pindah ke Malaysia dan sedar semua warga Malaysia berhak naik pengangkutan awam dengan harga paling murah. Malah boleh beli pas bulan cuma berharga RM50.
“Detik itu juga saya sedar negara saya tidak peduli seperti itu untuk menguruskan kemudahan rakyat sendiri,” ujar Alivia Awin.
Tambahnya lagi, perkara itu membuatkan dirinya sedar bahawa kerajaannya sendiri tidak pandai menguruskan negara kerana Rapid KL mengeluarkan pas harian untuk pelancong/warga asing.
“RM10 sudah boleh pusing satu KL sepanjang hari sampai muntah.
“Jika ditukarkan mata wang Indonesia, ia berjumlah 35,000 rupiah. Di Jakarta, jumlah itu hanya cukup-cukup untuk pergi ke tempat kerja sahaja,” luah gadis Indonesia itu lagi.
Menjengah maklum balas daripada warganet lain, ada rakyat Indonesia mengakui tidak perlu beli kereta di Malaysia kerana akses pengangkutan awam yang bagus di negara ini — bahkan dia merasakan RM100 dalam kad TNG tidak habis dipakai dalam masa sebulan.