Sebelum ini muncul dakwaan bahawa pelawak dan pengacara, Shuk Sahar telah berkahwin buat kali kedua selepas penceraiannya bersama Rossa Sera.
Susulan itu, Shuk akhirnya mengakui bahawa dirinya sudah berkahwin buat kali kedua pada November lalu menerusi satu sesi podcast OKLETSGO.
Baca Juga:
- Shuk Sahar Dedah Pengalaman Perit Dilaluinya Ketika Rakyat Malaysia Buat Gerakan ‘Cancel Culture’
- Sudah Berbaik, Isteri ‘Back-Up’ Shuk Sahar Dalam Video TikTok Buat Netizen Bengang
- ‘Banyak Dia Habis Ni’ – Ejen Hartanah ‘Review’ Rumah Mewah Shuk Sahar Bernilai RM1.2 Juta
@okletsgo.sg Selamat Pengantin Baru @shuksahar ❤️💛💚 Podcast penuh di Spotify ➡️ OKLETSGO #okletsgo #okletsgosg #fyp #fypsg #fypmy #podcast #radio #viralmalaysia🇲🇾 #gempakviral #berita #fypシ #shuksahar #dynnorahim #dzarismail #rajarazie
“Sejujurnya, apa yang dikeluar mengenai perkahwinan saya adalah betul. Saya sudah berkahwin pada November tahun lalu.
“Tetapi, akan ada satu masa saya akan maklumkan mengenai perkara ini. Bukanlah saya berahsia mengenai perkahwinan ini sebab keluarga saya tahu malah rakan-rakan rapat pun tahu.
“Cuma belum sampai masa untuk saya cerita mengenai hal ini dengan lebih terbuka.” ujar Shuk.
Tambahnya, dia kini kurang gemar untuk menceritakan tentang kehidupan peribadi kepada umum menerusi media sosial kerana bimbang ada segelintir pihak akan menyalahtafsirkan kenyataan yang dibuatnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada Shuk dan mendoakan kebahagiaannya dalam perkahwinan kedua ini.