Masa depan Ethan Mbappe di PSG kini dalam masalah. Ini selepas Nasser Al Khelaifi membabitkan adik Kylian Mbappe itu dalam perang peribadinya dengan Kylian Mbappe.
Ethan Mbappe dianggap prospek cerah untuk bola sepak Perancis. Namun kini pemain itu tidak disukai oleh Nasser Al Khelaifi.
L’Equipe melaporkan bahawa, dalam aksi menentang Toulouse pada Mei 2024 yang lalu, Nasser Al Khelaifi mengeluarkan arahan dengan kuasa vetonya meminta Luis Enrique jangan menyertakan nama Ethan Mbappe dalam perlawanan itu. Sama ada sebagai pemain kesebelasan utama ataupun simpanan sekalipun.
Ketika itu Enrique sudah menyenaraikan pemain itu dalam senarai 25 pemainnya untuk hari perlawanan. Nasser Al Khelaifi yang bengang dengan Kylian Mbappe yang memutuskan tidak mahu melanjutkan kontraknya denagn PSG. Dan PSG sudah tahu pemain itu mahu ke Real Madrid.
Ethan Mbappe yang mendapat tahu perkara itu dikatakan berkurung di bilik persalinan dan menangis.
Nasser Al Khelaifi menyatakan bahawa, Ethan Mbappe sebelum ini masuk ke PSG sebab ‘kabel’ abangnya, Kylian Mbappe. Kini dia perlu menanggung akibat daripada keputusan abangnya yang dianggap membuat kelab itu rugi ratusan juta kerana Kylian Mbappe berpindah secara percuma.
🚨 Juste avant la réception du TFC, le 12 mai dernier, Luis Enrique se serait vu ordonner par Nasser Al-Khelaïfi de ne plus intégrer Ethan Mbappé dans le groupe du PSG.
Lorsqu'il débarque dans le vestiaire, Kylian découvre son frère en larmes.
Un énorme clash oppose alors… pic.twitter.com/hD38o3KwMo
— Actu Foot (@ActuFoot_) October 31, 2024
Namun mujur selepas itu, Nasser Al Khelaifi berlapang dada dan membenarkan Luis Enrique menyenaraikan semula pemain itu dalam pasukan. Kerana tindakannya itu mendapat kritikan daripada lembaga pengarahnya sendiri.
Hal ini kerana Ethan Mbappe juga dianggap pemain yang berbakat. Dan boleh memberikan kerugian kepada kelab jika Nasser Al Khelaifi terus campur tangan dalam pembangunan pemain itu.