Adira Suhaimi mempertahankan tindakannya terpaksa keluar rumah dalam tempoh edah kerana dia masih perlu menyara anaknya yang berada di bawah jagaannya.
Adira Suhaimi yang baru sahaja diceraikan oleh Datuk Red pada 23 April lalu dikritik kerana keluar dari rumah dalam tempoh edah. Namun Adira mempertahankan tindakannya.
Adira menegaskan dia masih ada 4 orang anak dan perlu menampung kehidupan mereka. Lagipun menurut Adira lagi, dia bukannya balu yang cerai mati.
Adira juga mengingatkan netizen bahawa, isteri yang kematian suami pun masih boleh keluar rumah jika ada urusan untuk diselesaikan.
Dipetik daripada Beautifulnara: “Saya bukan balu yang cerai mati. Saya cerai hidup. Jadi saya perlu keluar pergi bekerja untuk mencari sesuap nasi.
“Kalau saya duduk rumah, siapa yang nak bagi makan pada anak-anak. Anak yang empat orang dekat rumah siapa nak bagi makan?
“Isteri yang dalam edah selepas kematian suami pun boleh keluar jika ada urusan yang perlu diselesaikan.
Beberapa minggu lalu Adira turut menyatakan bahawa dia tidak menuntut sebarang nafkah iddah atau mutaah daripada bekas suaminya itu, Datuk Red.
Sah Bercerai Talak Satu, Adira Kongsi Sebab Enggan Tuntut Nafkah Daripada Datuk Red
Hal ini kerana dia sedar bahawa Datuk Red sedang dalam masalah kewangan. Hubungan Adira dan Datuk Red masih lagi baik seperti biasa.
“Adnan [Datuk Red] bersetuju bercerai jika saya tak tuntut apa-apa. Tapi keputusan ini juga atas kehendak saya sendiri.
“Apa yang pasti, saya tidak mahukan apa-apa sebab tak nak susahkan lagi Adnan. Iyalah, dia pun tengah ‘down’.
“Kita doakan yang terbaik untuknya. Saya percaya kalau rezekinya murah, ada bahagian untuk anak-anak saya,” katanya.