Penjaring gol yang membawa Indonesia ke pentas final Piala AFF Bawah 19 Tahun (B-19) 2024, Muhammad Alfharezzi Buffon menganggap kejayaan pasukan lebih penting buatnya berbanding anugerah peribadi.

Ketika kedua-dua pasukan masih kebuntuan sehingga minit ke-77, pemain pertahanan kanan itu melepaskan rembatan jarak dekat yang terkena tiang gol dan belakang badan penjaga gol Malaysia, Muhammad Haziq Aiman lalu bola bergolek masuk ke dalam gawang.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

Jaringan yang sudah cukup untuk membawa skuad kendalian Indra Sjafri ke final bagi menentang juara lima kali kejohanan, Thailand.

Malah, ia turut meranapkan impian Malaysia untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi pada 2022 di Bekasi, Indonesia.

Susulan gol yang dihasilkannya, Alfharezzi Buffon telah dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan. Namun, pencapaian peribadi itu tidak membuatkan pemain berusia 18 tahun itu mendabik dada.

Muhammad Alfharezzi Buffon cuba menghalang pergerakan G. Pavithran. Kredit Foto: FAM

Sebaliknya, beliau melihat kejayaan Indonesia mara ke final lebih menjadi keutamaan buatnya.

“Gol saya tidak penting,” ujar Buffon menurut sumber laporan Goal Indonesia.

Menurut Buffon, beliau mahu lupakan catatan pribadinya dan melihat kemenangan itu adalah tentang kejayaan pasukan dan lebih dari itu, Indonesia berjaya ke final.

“Saya juga menjadi ‘MVP’ bukan kerana diri saya sendiri, tapi bermain sambil dibantu oleh rakan sepasukan dan jurulatih.”

“Ini kemenangan untuk pasukan dan sasaran kami adalah menang di final nanti,” tambah pemain kelab Borneo FC Samarinda itu lagi.