Sebelum kedatangan COVID-19 kita sudah bertahun-tahun di ajar tentang vaksin dan apakah fungsinya. Namun dalam pelbagai usaha yang dilakukan, mesti ada satu golongan kiri yang bertindak memandai-mandai dan cuba mengadakan apa yang tiada.
Semua maklum bahawa vaksin COVID-19 bukanlah ubat dan orang yang mengambilnya masih terdedah kepada bahayanya wabak. Vaksin ini akan bekerja menjadi pendinding kepada manusia. Di mana jika dia dijangkiti, dia tidak akan memudharatkan orang lain.
Banyak sebenarnya pendedahan yang diberikan oleh kerajaan dan NGO tentang vaksin COVID-19, namun masih timbul dakwaan-dakwaan palsu dari mereka yang degil dan dangkal.
Dalam situasi wabak seperti ini, apa yang lebih bahaya dari kebodohan adalah mereka yang bersikap degil. Kalau orang bodoh, masih boleh diajar walaupun memakan masa. Tetapi kalau orang degil, diajar sekeras mana pun pasti egonya akan jadi lebih tebal dari otaknya.
Golongan degil ini mungkin ada pada kumpulan Gerakan Post-Mortem COVID-19 (GPMC). Ini selepas dakwaan terbaru mereka yang menyatakan bahawa tahap kesihatan mereka merudum jika duduk dekat dengan mereka yang mengambil vaksin.
Dalam satu mesej tular di laman Twitter baru-baru ini, kumpulan Telegram GPMC Kedah mendakwa bahawa mereka terpaksa memakai ‘tin foil’ bagi mengelak daripada diganggu dengan ‘signal’ dari mereka yang telah diberi vaksin.
“Sheiding is real, lepas 2 jam saya melepak dengan orang yang dah cucuk vaksin pfizer, saya kena kering tekak, batuk kering dan sakit kepala,” kata salah seorang sebelum dibalas gambar ‘tin foil’, “Terpaksa pakai, kalau 5G aktif kita memang tak boleh duduk dengan depa,” katanya.
Di dalam kumpulan terbabit, dapat dilihat bagaimana ahli GPMC mengada-adakan cerita bahawa jika mereka berada dekat dengan kumpulan yang sudah di vaksinasi penuh, kesannya nanti akan terkena pada mereka.
Kedangkalan dan sikap cetek otak dari kumpulan GPMC ini jelas menunjukkan bahawa bagaimana cara pun ilmu itu disampaikan, mereka akan tetap duduk di dalam kotak dan lebih percaya kepada dakwaan-dakwaan palsu.
Sebenarnya, mereka yang masih ragu-ragu, tidak lagi mengambil vaksin dan hanya berdiam diri adalah lebih mulia daripada kumpulan GPMC yang tidak mempercayai vaksin lalu menyebarkan dakwaan bodoh kepada orang ramai.
Situasi inilah yang bahaya, kerana ia akan menjadi racun kepada masyarakat tentang ilmu yang tidak ada asasnya. Ilmu itu tidak datang dari pakar atau para ahli, tetapi dirujuk dari ustaz Google dan prof kangkung di kumpulan Telegram atau Whatsapp.
Jika dibiarkan berterusan tanpa ada tindakan dari pihak berkuasa mengenai berita palsu ini, kumpulan seperti GPMC ini akan tumbuh bak cendawan selepas hujan. Kalau tumbuhnya baik memberi manfaat kepada orang awam tak mengapa, tapi kalau tumbuhnya beracun dan memudharatkan orang lain ia perlu lekas-lekas dibendung.
Tular dakwaan tahan pesakir sihat di ICU, ini jawapan KKM. Klik pautan di bawah untuk membaca.
Bekas Ketua Gangster Australia Dakwa Vaksin Penyebab Kematian?