Seorang lelaki di Terengganu ditangkap mencuri RM22 dari kotak derma di sebuah masjid. Bagaimanapun, apa yang mengejutkan orang ramai adalah seorang ahli perniagaan yang tidak mengenali tertuduh telah tampil untuk membantunya menanggung kos guaman.

“Saya diberitahu tertuduh mencuri wang untuk membeli susu bayi,” katanya.

Menurut laporan, individu tersebut adalah Datuk Seri Sunny Ung, ahli perniagaan yang percaya tertuduh layak diwakili walau dalam keadaan apa sekalipun

“Saya menawarkan kepada tertuduh khidmat guaman daripada Cik. Ahmad Daniel & Co, dan saya akan menanggung kos guaman.”

Kosmo melaporkan, tertuduh mengambil keputusan mencuri dari kotak derma di masjid itu selepas dimarahi ibunya kerana tidak mempunyai ekonomi yang tetap untuk membeli susu bayi.

“Saya percaya perkara ini boleh diselesaikan di luar mahkamah. Tertuduh mungkin terperangkap dalam keadaan terdesak,” kata ahli perniagaan tersebut.

Tertuduh yang menganggur mengaku bersalah melakukan kesalahan itu 3 bulan lalu dan menurut laporan media lain, dia juga didapati positif dadah melalui ujian air kencing, yang mungkin berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun.