AirAsia dan AirAsia X dinobatkan sebagai Penerbangan Tambang Murah Terbaik di Asia Pasifik oleh AirlineRatings.com yang merupakan laman web keselamatan dan produk penilaian dunia. Malah, Westjet dari Amerika dan Wizz dari Eropah juga dinamakan sebagai Penerbangan Tambang Murah Terbaik.

Manakala Singapore Airlines pula dipilih sebagai Syarikat Penerbangan Terbaik untuk Tahun 2019. Singapore Airline yang memenuhi kriteria audit melayakkan syarikat penerbangan itu layak mendapat pengiktirafan tersebut. Pemilihan pengiktirafan berdasarkan beberapa kriteria iaitu umur kapal terbang, ulasan penumpang, penilaian pelaburan, produk yang ditawarkan dan staf.

Sumber: RG Communications

Malah, Air New Zealand turut dinobat sebagai Penerbangan Ekonomi Premium Terbaik dan Pasaran Penerbangan Terbaik di Pasifik, dan Qatar Airways dinobatkan Katering Terbaik dan Penerbangan Perniagaan Terbaik. Justeru, Qantas dinobat sebagai Perkhidmatan Penerbangan Domestik Terbaik dan Lounge Terbaik.

Sumber