AirAsia berhasrat menjadikan aplikasi Super mereka sebagai pusat sehenti buat semua pengembara di luar sana. Jadi, AirAsia sering memastikan aplikasinya sentiasa ditambah dengan pelbagai ciri menarik untuk kemudahan pengguna.

Terbaharu, Capital A kini memperkenalkan tiga ciri baharu di dalam aplikasi AirAsia Super iaitu Chat, Games dan Gifts. Ini merupakan sebahagian daripada visi Capital A untuk memberikan pengalaman yang lebih baik kepada pengguna menerusi sumbangan komuniti dan kumpulan.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: Capital A

Menerusi versi terkini Super App, pengguna boleh mengakses ciri aplikasi serta komuniti yang diberikan nama jolokan AirAsia Republic. Pengguna dengan minat yang sama boleh berinteraksi antara satu sama lain terus dari dalam Super App.

Sumber Gambar: Capital A

Untuk menggalakkan interaksi di dalam apliksi, terdapat sokongan AirAsia Gifts yang membolehkan hadiah diberikan kepada pengguna lain di seluruh rantau Asia Tenggara. Antara hadiah yang boleh diberikan kepada pengguna lain ialah tiket penerbangan, makanan, penginapan hotel, busana dan banyak lagi.

Keistimewaan ciri ini adalah pemberian hadiah secara rentas sempadan negara yang tidak ditawarkan oleh aplikasi Super lain. Ciri ini hanya terdapat untuk pengguna di Malaysia, Singapura dan Indonesia mulai hari ini.

Sumber Gambar: Capital A

Menariknya, terdapat ciri Games yang menampilkan 40 permainan mini lalu boleh diakses pengguna menerusi aplikasi Super. Pelbagai tajuk permainan menarik boleh dimainkan oleh pengguna dan pada masa kelak bakal mempunyai carta markah tertinggi untuk menambah keseronokan padanya.

Kesemua ciri baharu yang diumumkan hari ini boleh diakses menerusi tab Chat yang terletak di bahagian bawah aplikasi. Terdapat ratusan hadiah boleh diberikan kepada pengguna lain secara atas talian antaranya daripada Watsons, Ogawa, PlayStation Network, Zalora, Footlocker, Starbucks, FamilyMart dan Dominos.

Sumber