Gal Gadot menyatakan sokongan beliau ke atas Israel dalam satu hantaran di laman media sosial Instagram beliau.
Ini selepas tercetusnya peperangan di antara Israel dan Palestin yang bermula semalam.
Baca Juga:
- Pejuang Hamas Lancar Serangan Mengejut, Lebih 5,000 Roket Dilepaskan Ke Israel
- Putera Mahkota Sahkan Potensi Arab Saudi Jalin Hubungan Dengan Israel ‘Semakin Hampir’
“Saya menyokong bersama Israel dan anda juga harus begitu,” katanya di bahagian kapsyen.
Bagaimanapun, hantaran terbabit tidak mendapat reaksi yang baik apabila kebanyakan komen menyelar tindakan beliau.
Netizen menyuarakan rasa tidak puas hati mereka kerana Gadot seolah-olah tidak mempedulikan kekejaman Israel sebelum ini.
Manakala sebahagian netizen lagi hanya meninggalkan komen dengan emoji bendera Palestin.
Semalaman, pejuang Hamas melancarkan serangan bertali arus merentasi sempadan Israel dengan Gaza.
Beribu peluru berpandu singgah di kubu tentera Israel dan membunuh tentera dan difahamkan hampir 100 warga Israel terbunuh.
Menurut Vox, seorang pegawai kanan Knesset berkata serangan itu membawa kepada kematian paling ramai orang awam sepanjang sejarah perang negara itu.
Pertempuran di selatan Israel kini berterusan, dengan laporan bahawa Hamas menawan tentera Israel dan membawa mereka ke Gaza.
Israel membalas dengan serangan udara yang telah membunuh hampir 200 rakyat Palestin.
Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berkata semalam bahawa “musuh kita akan membayar dengan harga yang tidak pernah mereka tahu.”