Suami kepada Stacy, iaitu Akim Ahmad, menyatakan bahawa dia seringkali menerima mesej nakal daripada perempuan miang yang nak menggodanya.

Menurut bekas peserta Akademi Fantasia itu, dia turut menerima mesej daripada netizen yang mengajaknya membuat benda tak elok.

Ini termasuk mesej lucah yang dihantar kepadanya. Perkara itu benar benar merimaskan Akim Ahmad sebagai suami orang.

Menyedari dirinya seorang suami, dan juga seorang bapa, maka dia mengambil pendekatan untuk mengabaikan sahaja mesej tersebut termasuk mesej lucah.

Ada yang meminta gambar peribadi Akim atau gambar bogelnya. Akim Ahmad tidak berminat melayan wanita yang menggatal kepadanya. Akim tidak membalas niat jahat mereka itu.

Akim menegaskan bahawa Instagramnya dikawal sepenuhnya oleh dia dan Stacy memberikan kepercayaan kepadanya, tanpa pernah memeriksa mesej peribadinya di laman itu.

Akim Ahmad turut melakukan perkara yang sama. Akim membalas kepercayaan isterinya dengan tidak sesekali melayan perkara perkara yang tak elok.

Lalu Akim berkata: “Tak payahlah nak try try saya.”

Dipetik dari Mstar Online, Akim berkata:

“Sebenarnya banyak dapat mesej nakal. Bila sudah berumah tangga ini, kita sendiri tahu apa kita nak.

“Jaga diri, kesihatan dan kehidupan supaya tidak ada masalah.

“Kalau kena ganggu ini, kita jangan beratkan pemikiran kita. Kalau layan pening kepala. Nak jaga diri, baik jangan layan.”

Akim Ahmad sendiri tidak tahu apa yang dimahukan wanita gatal atau perempuan miang ini daripadanya. Kerana menurutnya, dia bukanlah siapa siapa, dan dah semakin berusia.

Kenyataan Akim Ahmad itu benar benar membuatkan netizen menghargainya sebagai lelaki yang setia dan matang.