Kapten skuad bola sepak belia Perak, Muhammad Nasrudin Ahmad Hayeekaji membuktikan aktif dalam bidang sukan bukan penghalang untuk memperoleh keputusan cemerlang 9A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 yang diumumkan Isnin lalu.
Perak Football Club (Perak FC) dalam satu kenyataan rasmi menyifatkan ia contoh terbaik buat pemain bola sepak yang bukan sahaja cemerlang atas padang namun juga akademik.

Baca Juga:
- Ini Rahsia Bangsa Cina Simpan Duit Yang Semua Orang Boleh Ikut
- Mengapa Pengguna CIMB Tidak Perlu Panik Dengan Servis DuitNow
- Menyesal Tidak Guna Lebih Awal, Peniaga Ini Kongsi Kelebihan Kad Kredit Untuk Bisnesnya
Kejayaan pemain yang beraksi di posisi pertahanan itu menjadi bualan para penyokong Perak di media sosial dan mereka berharap lebih ramai pemain muda dapat mencontohi Nasrudin.
The definition of balance. Education is important ya adik2.Betul rezeki semua di tgn Nya tapi kita sebagai manusia perlu berusaha tak kira di dalam apa bidang sekali pun.Check and balance perlu ada di dalam kehidupan. https://t.co/NsqiTY5WIz
— Joe Zakaria (@thejoezakaria) May 31, 2024
Nasrudin merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Anum Tunku Abdul Rahman (TATAR), Jitra, Alor Setar, Kedah.
Beliau memperoleh keputusan semua A bagi subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Sains, Pendidikan Islam, Sains Sukan, Sains Komputer dan Pendidikan Seni Visual.
Walaupun terpaksa berulang alik ke tempat latihan dari sekolahnya di Kedah, namun Nasrudin tetap memberi sepenuh fokus ketika sesi pembelajaran serta sewaktu latihan di padang.
Kemasukannya ke skuad belia Perak FC hanya selepas dia tamat menduduki SPM beberapa bulan lalu.
“Sewaktu dalam kelas, saya berikan fokus 120 peratus terhadap apa yang diajarkan guru. Kalau tak faham saya akan bertanya sampai faham, kemudian saya berani cari peluang dengan ajarkan kepada kawan-kawan yang kurang mahir.
“Saya tinggal di asrama sekolah. Lepas itu bila ‘training’ (latihan) ketika petang saya fokus, serta kurangkan waktu dengan ‘phone’ (telefon bimbit),” katanya dipetik dalam Berita Harian.