Personaliti media sosial ternama tanah air iaitu Khairul Aming dikejarkan ke hospital selepas selesai menjalankan misi bantuan banjir di Kelantan baru-baru ini.

Menerusi siarang langsung di laman TikTok beliau, Khairul menegaskan keadaan kesihatannya merosot ekoran dijangkiti bakteria selepas selesai menjalankan misi bantuan banjir.

Taobao
HYPE
Raya Extra Meriah! 5 Dekorasi DIY Dari Taobao Wajib Ada Untuk Rumah Anda!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Punca jangkitan tidak diketahui, sama ada daripada makanan tidak bersih atau daripada air banjir. Saya pun memang lemah antibodi,” katanya.

Selama empat hari berterusan dan mengalami gejala cirit-birit hanya mengeluarkan cecair, doktor yang merawat mencadangkan Khairul Aming ke hospital kerana bimbang berak berdarah.

Sebelum ini, menerusi kemas kini salah seorang kenalan pempengaruh itu, didapati Khairul Aming telah jatuh rebah ketika menghulurkan bantuan dan terus dibawa ke klinik bagi mendapatkan rawatan.

Perkara itu itu berlaku dipercayai kerana beliau tidak mendapat rehat dan tidur yang cukup sepanjang membantu mangsa banjir dimana beliau menjalankan misi bantuan selama 7 hari berturut-turut.

Dalam video pendek berkenaan, beliau terbaring di atas katil dan dirawat oleh jururawat, sambil ditemani rakan-rakan lain.

Pada ruangan komen, rakan-rakan dan warganet yang lain menunjukkan rasa simpati apa yang menimpa kepada pempegaruh tersebut, serta mendoakan kesembuhan buatnya.

Usaha yang dilakukan oleh Khairul mendapat pujian dari ramai pihak khususnya netizen dimana beliau bertungkus-lumus untuk memastikan mangsa yang terkesan dengan banjir di Kelantan mendapat bantuan yang secukupnya.