Jutawan dan pengasas barangan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri sekali lagi tampil dengan kontroversi terbaharu di bulan Ramadan tahun ini. Kontroversi ini terjadi selepas video klip lagu raya terbaharu beliau yang bertajuk ‘Kelepok Raya’ mendapat kritikan meluas daripada warganet.
Tema video itu tertumpu di antara Aliff dan isterinya yang sedang sibuk menyambut Raya. Ia menjadi kontroversi apabila terdapat 3 lelaki yang menari di sawah padi memakai songkok bersama beberapa pakaian yang kelihatan sangat di luar kebiasan berserta hiasan barang kemas.
Sementara dalam adegan lain, Aliff boleh dilihat berbaring di samping ramai lelaki lain memakai baju melayu sambil menari secara seksi.
Sejak ditayangkan kepada umum, video klip tersebut mendapat lebih 20,000 tontonan hanya dalam tempoh 2 jam. Netizen turun ke ruangan komen untuk menyatakan ketidakpuasan hati mereka terhadap video klip tersebut.
Netizen menyerang Aliff Syukri dengan menyatakan bahawa dia tidak menghormati Islam, Bulan Suci Ramadan dan juga baju melayu tradisional.
“Sejujurnya saya boleh terima lagu itu. Tetapi konsep muzik video itu begitu tersasar untuk Raya. Tidak perlu penari seperti itu. Saya boleh katakan bahawa ia adalah pencemaran budaya yang tidak sepatutnya wujud,” komen seorang pengguna.
“Memakai songkok dengan rantai dan singlet. Tidak menghormati baju melayu tradisional kita,” kata seorang lagi.
“Lelaki lembut di Malaysia semua selamat, tak kena serang dengan jabatan agama. Yang tak selamat sajat seorang sahaja,” kata netizen lain dalam nada menyindir.
Manakala seorang netizen di Facebook menyatakan bahawa ini adalah cara halus Aliff untuk mempromosikan budaya ‘sotong’ di Malaysia dengan menyiarkan konsep muzik video yang negatif.
“Budaya negatif mempromosi puak ‘sotong melampau’ dalam kandungan media tempatan. Memualkan! Elok kerajaan atau KKMM ambil tindakan sekat siaran YouTube puak ini. Tak sesuai dengan budaya islamik dan timur. lebih2 lagi lagu2 dan content berkaitan hari mulia yg disambut umat Islam,” katanya.
Soalan kurang ajar, Aliff Syukri mengamuk dan marah AC Mizal dalam set penggambaran? Rujuk pautan di bawah untuk membaca.
Terima Soalan ‘Kurang Ajar’, Aliff Syukri Mengamuk Dan Marah AC Mizal Dalam Set Penggambaran?
Selepas Dimarahi Ibu, Lagu Aliff Syukri Raih Lebih 60,000 ‘Dislike’ Di YouTube
Chef Wan Nasihat Aliff Syukri Perbaiki Resipi Produk Sebelum Jual Kepada Orang Ramai