Sebuah langkah yang hebat dilakukan Amazon pada minggu ini apabila mengumumkan syarikat mereka sedia membayar sehingga $5000 (~RM19,470) buat para pekerja yang tidak lagi berminat untuk berkhidmat di Amazon.
Langkah ini dibuat dalam usaha Amazon untuk mengurangkan bilangan pekerja di dalam syarikat tersebut. Memandangkan syarikat ini mempunyai dana yang besar, Amazon telah memilih untuk ‘menapis’ bilangan pekerja yang berminat untuk berkhidmat melalui tawaran secara wang tunai.
Mengulas mengenai wang yang ditawarkan, Amazon berpendapat strategi ini bukan sahaja membolehkan mereka mengurangkan bilangan pekerja namun berpeluang buat syarikat ini mengumpul sekumpulan pekerja yang komited dalam tugas mereka.
Dari sudut psikologi, para pekerja yang menolak tawaran ini juga sekaligus merasakan mereka lebih dihargai serta bermotivasi untuk bekerja keras demi perkembangan syarikat.
Agak-agak ada tak syarikat di Malaysia yang berminat untuk implemen strategi yang sama?