Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan Johor, Muhammad Faezuddin kesal dengan segelintir pihak yang memberikan persepsi negatif kepada Tunku Mahkota Ismail (TMJ).
Menurut Faezuddin, ramai netizen telah menganggap MFL dikawal oleh TMJ. Sedangkan TMJ langsung tiada jawatan dalam MFL mahupun FAM.
Bercakap kepada Sinar Harian, Faezuddin berkata: Walaupun tidak ditulis secara terang nyata namun ia dapat difahami seolah-olah kononnya Tunku Mahkota Ismail sengaja terlibat campur tangan mempengaruhi MFL untuk ‘kenakan’ Selangor FC, seolah-olah JDT anak emas MFL, seolah-olah Liga Malaysia milik Tuanku Mahkota Ismail.”
Beliau menambah tuduhan ke atas TMJ itu telah menyinggung bangsa Johor. Sambil Faezuddin mempersoalkan di mana asasnya tuduhan seperti itu ke atas TMJ yang tiada jawatan di FAM mahupun MFL.
Jadi, tuduhan ke atas TMJ dianggap tidak adil. Sambil dia menambah: “Sebagai rakyat Malaysia, tidak salah untuk kita suarakan pandangan namun perlulah mengambil sikap sederhana, berhati-hati dan bertanggungjawab membawa fakta yang tepat.
Selain itu Faezuddin meminta semua pihak berhati hati dalam memberikan komen di media sosial sehingga mencemarkan reputasi institusi raja serta menggugat perpaduan rakyat.
Tidak perlu kaitkan TMJ dengan keputusan MFL – AMK Johorhttps://t.co/8fg4d3Oq0Z
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) June 27, 2024
“Supaya akhirnya pandangan yang dilontarkan itu tidak mencemarkan nama baik Institusi raja yang berdaulat dan tidak menggugat perpaduan rakyat.”
Faezuddin turut berharap hukuman ke atas Selangor dikurangkan kerana ternyata ramai mengkritiknya.
Tidak lama kemudian, MFL mengumumkan bahawa hukuman ke atas Selangor dikurangkan. Di mana aksi LS14 di Stadium MBPJ akan dilangsungkan seperti biasa bukannya dalam stadium kosong.
Selain itu, 3 mata Selangor juga dikembalikan dan hukuman denda dikurangkan daripada RM100,000 kepada RM60,000,00.