Kehidupan pelakon Hong Kong Jackie Chan telah menjadi perhatian hari ini. Salah satunya adalah mengenai anak hubungan sulitnya bersama pelakon Elaine Ng, bernama Etta Ng.

Jackie Chan diketahui pernah menjalinkan hubungan sulit dengan Elanie Ng, bekas Miss Asia 1990 yang juga seorang model. Pada tahun 1999, Elaine Ng diketahui mengejutkan orang ramai dengan mengumumkan bahawa dia hamil anak Jackie Chan, yang dikenali sebagai Etta Ng.

Baca Juga:

Elaine berpindah dari Hong Kong ke Shanghai selepas melahirkan anak perempuannya, Etta Ng, pada 19 November 1999. Elaine diketahui membesarkan anak perempuannya sendiri.

Apabila Elaine bergelut untuk menyara dirinya dan anaknya, dia pernah cuba meminta wang kepada Jackie Chan. Tetapi, pelakon Rush Hour dan Shanghai Noon itu tidak pernah memberi mereka wang.

Selama bertahun-tahun, Jackie tidak pernah mengakui kewujudan anak perempuannya. Dia memang mengaku menjalinkan hubungan sulit dengan Elaine, tetapi tidak pernah menyebut keberadaan Etta.

Pada tahun 2018 pula, Etta mendakwa dirinya gelandangan dan dia tidur di bawah jambatan di Hong Kong.

Bahkan, anak perempuan Jackie Chan itu tidak tahan hidup merempat dan merayu untuk memberi bantuan bersama teman wanitanya telah membuat pengakuan terbuka dalam usaha untuk mendapatkan bantuan dan perlindungan.

Etta Ng juga tidak tinggal bersama dengan ibunya, Elaine Ng di Hong Kong, kerana Etta mendedahkan bahawa dia ‘lesbian’ bersama teman wanitanya, Andi Autumn. Mereka hidup merempat selepas kehilangan tempat tinggal selama sebulan akibat ibu bapa yang bersikap homofobia (takut atau sangat bencikan homoseksual).

8days/Google

Baru-baru ini dilihat oleh netizen Etta Ng beratur untuk mendapatkan makanan percuma yang diagihkan kepada golongan yang memerlukan atau lebih dikenali sebagai ‘gelandangan’ di Toronto, Canada, tempat tinggal Etta sekarang. Gambar yang diambil daripada netizen itu turut dikongsi di beberapa laman web atau portal.

Dilaporkan perempuan yang berusia 22 tahun itu berdiri dalam barisan di kalangan kebanyakan wanita pertengahan umur atau lebih tua dengan beg biru diletakkan di hadapannya.

Menurut netizen di Hong Kong juga, Etta Ng mencari perbelanjaan atau wang dengan bekerja di sebuah restoran di Chinatown.

Sementara itu, pada masa gambarnya tersebar, gambar abang tirinya, Jaycee Chan, anak lelaki kepada bintang terkenal itu bersama isteri, Lin Fengjiao juga berkongsi di laman Instagram milik Jaycee yang sedang duduk di dalam kereta yang mewah.

Joycee Chan mengatakan kereta mewah itu bukan miliknya tetapi rakannya, serta gambar tersebut telah dipadam olehnya kerana netizen membandingkan kehidupannya dengan adik tirinya, Etta Ng.

Disebabkan kehidupan yang berlainan atau bertentangan antara kedua-dua adik beradik itu, beberapa netizen bersimpati terhadap Etta sehingga menghantar mesej kepada Jackie Chan di media sosial supaya lebih mengambil berat tentang anak perempuannya, Etta Ng.

Manakala, beberapa netizen juga berpendapat bahawa Etta sudah dewasa dan dia boleh menjaga dirinya sendiri, seolah-olah tidak mahu Jackie Chan mengambil berat tentang Etta.

Memetik artikel scmp.com, menyatakan Etta pernah berkata dia tidak pernah mahu berjumpa dengan kedua-dua orang tuanya. Selain itu, dalam artikel yang sama, Jackie Chan dilaporkan tidak menyokong Etta dan ibunya, Elaine dari segi kewangan.

Dalam pada itu, hubungan Etta dengan ibunya dikatakan rumit dan kecoh apabila mereka berdua membuat komen negative antara satu sama lain di media sosial.