Anak sulung Rita Rudaini, Airit Rayyan Rizqin mencuri perhatian warganet apabila  berjaya memenangi Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Daerah Sabak Bernam dalam acara 100 meter dan 200 meter.

Menerusi hantaran Instagram pelakon itu, difahamkan Airit telah memecahkan rekod acara 100 meter itu yang pernah tercipta pada 20 tahun lalu.

Baca Juga:

“Alhamdulillh, rezeki Ryan dpt wakil peringkat MSS. Ryan sudah banggakan mommy dalam pelajaran, kini dalam sukan olahraga pula.

“InsyaAllah mommy sokong! Ryan dapat pecah rekod 20 tahun MSSD Sabak Bernam 100 meter dgn rekod baru 11.44 saat (rekod lama tahun 2004 11.58 saat). Mommy bangga,” petik hantaran Instagram Rita Rudaini.

Sementara itu, dia juga telah memecahkan rekod 200 meter tahun 2023 lalu pada pagi tadi.

Bagaimanapun Rita tidak berkongsi rekod baharu yang dipecahkan anaknya itu.

Menerusi komen-komen netizen yang dikongsikan pada video pecah rekod 100 meter dan 200 meter, ramai berbangga melihat Airit Rayyan Rizqin yang cemerlang dalam akademik, sukan dan keagamaan.

Untuk makluman, Airit menyertai acara sukan itu bagi mewakili MRSM Ulul Albab.

Sumber