Malaysia menang ke atas Filipina dengan jaringan 2-1 pada aksi separuh akhir Pestabola Merdeka.

Ini 5 perkara yang digariskan daripada taktikal Pau Marti dalam perlawanan ini.

1. Organisasi pertahanan kurang kemas

Dalam perlawanan ini beberapa kali organisasi pertahanan Malaysia berterabur. Dengan seolah olah tiada ‘jeneral’ atau ketua di barisan pertahananan.

Misalnya organisasi dari segi pengurusan garisan pertahanan, situasi ini jelas di mana ada pemain tidak berada ‘in line’ dengan pertahanan lain dalam keadaan sangat asas.

Ini satu lagi contoh bagaimana Filipina terlalu mudah mendapat bola dengan melepasi perangkap ofsaid pemain pemain Malaysia kerana masalah dari segi organisasi garisan pertahanan.

Beberapa kali pertahanan Malaysia melakukan tindakan pertahanan yang kurang kemas. Misalnya terlepas bola ketika melakukan bentesan dan membuat keputusan yang berisiko.

2. Syamer Kutty Abba racun dan kemudian madu

Gol pasukan Filipina terhasil kerana kesilapan daripada Syamer Kutty Abba yang terlalu kasual dalam bertahan. Dia ada peluang untuk melakukan clearance namun kemudian memilih untuk menyungkit bola kepada rakannya.

Pertahanan Malaysia kemudian cepat untuk ‘reshape’, namun risiko itu tetap diundang dan bola terkena kaki Feroz ketika dia cuba menghadang percubaan Jefferson Tabinas. Dan terbias masuk.

Tetapi respon Syamer untuk menebus kesilapan itu harus dipuji. Dia membidik dengan kemas dari luar kotak penalti untuk gol penyamaan dan dia kemudian beraksi dengan lebih baik.

3. Endrick memberikan kestabilan dan variasi

Malaysia tidak mendapat cengkaman yang diperlukan untuk mendominasi di bahagian tengah. Pada separuh masa pertama, Malaysia kurang keseimbangan di bahagian tengah, untuk mengimbangi aspek pertahanan dan serangan.

Kemasukan Endrick memberikan impak kepada barisan tengah. Malaysia tampil dengan lebih dominan. Dia mengurangkan beban Arif Aiman yang jelas bermain sebagai wide playmaker.

Kemasukan Endrick mengambil alih peranan sebagai playmaker tengah dan Arif Aiman fokus kepada aspek ancaman ke kotak penalti lawan.

Ini adalah contoh di mana Endrick melakukan hantaran awal kepada Arif Aiman yang mencetuskan gerakan bahaya yang membawa kepada penalti Malaysia.

Aspek hantaran awal seperti ini yang Malaysia hilang separuh masa pertama ketika serangan balas.

4. Sistem serangan Malaysia

Secara adilnya, Malaysia bermain baik dalam aspek ciptaan peluang. Terutama sekali Arif Aiman yang banyak melorongkan bola ke kawasan bahaya.

Namun penyudah di hadapan gol jelas harus diperbaiki. 2 gol Malaysia terhasil daripada kualiti individu melakukan percubaan dari jarak jauh dan juga penalti.

Dalam permainan terbuka, penyerang Malaysia tidak dapat menyudahkan beberapa siri peluang yang dihidangkan oleh pemain lain kepada mereka.

Seterusnya adalah, Malaysia juga seringkali teragak agak dalam membuat keputusan ketika di luar kotak penalti membuatkan ‘aliran’ atau ‘flow’ bola kerap mati.

Rumusan

Ianya debut kemenangan untuk Pau Marti. Namun lawan kita seterusnya adalah Lubnan yang kualiti mereka jauh lebih bagus daripada Filipina.

Jadi, Malaysia harus memperbaiki banyak aspek permainan terutama sekali organisasi garisan pertahanan.