Chelsea telah menunjukkan bahawa mereka berjaya menterjemahkan dua sistem tatkikal utama untuk ikat Man City di Stamford Bridge.
Bukan senang untuk mengikat Man City dengan skor 4-4. Dengan pasukan Pep Guardiola dikenali dengan kemampuan untuk bertahan di kawasan tinggi dan menghalang lawan daripada menjaringkan banyak gol.
2 elemen penting dalam sistem taktikal Chelsea ini adalah sistem yang dinamik di tengah untuk mereka ikat City.
Bagaimana Chelsea ikat Man City?
1. Midfield rotation
Mauricio Pochettino sebelum ini menyatakan bahawa sistem permainan mereka semakin meningkat terutama sekali di tengah. Walaupun ada beberapa perlawanan mereka gagal mendapatkan keputusan lebih baik.
Namun tidak siapa yang terlalu peduli dengan kenyataan Pochettino ini memandangkan peminat lebih mahukan kemenangan daripada melihat proses yang berlaku.
“Percayalah kepada proses” kata Pochettino sebelum ini kepada peminat Chelsea. Dalam beberapa perlawanan terakhir, semakin menampakkan sinergi di tengah.
Enzo Fernandez, Caicedo dan Gallagher semakin memahami sistem yang dimahukan Pochettino. Di mana mereka akan bergerak ke arah sesuatu zon dengan lebih semulajadi dan meyukarkan Man City ketika Chelsea melancarkan serangan balas.
Ini heatmap untuk trio tengah Chelsea yang membawa jiwa besar bermain dengan berani.
Ketiga tiga pemain cepat berubah peranan mengikut keadaan dan tidak kekok. Ini membantu mereka melancarkan serangan dan menggerakkan bola dengan lebih cepat setiap kali ada peluang.
Caicedo antara pemain yang sangat aktif mengisi ruang dan sokongan dari bawah.
2. Overloading segera
Dalam perlawanan ini, Chelsea sangat cepat untuk memenuhkan kotak penalti Man City apabila mereka sampai ke zon serangan.
Hasilnya mereka berjaya melakukan cabaran untuk bola kedua atau ketiga.
Sebelum ini, aspek ini agak perlahan dilakukan. Mungkin kerana pemain terlalu risau akan diserang balas.
Pochettino ternyata menyuntik motivasi yang baik ke atas pemainnya untuk tidak takut melakukan kesilapan. Overloading menentang Man City sentiasa berisiko kerana mereka ada pemain laju untuk menghukum ruang di belakang anda.
Di bawah ini adalah contoh di mana pemain serangan mereka segera menyusup masuk ke dalam kotak penalti ketika Gallagher melakukan percubaan. Mereka tidak shut down.
Hasilnya Nicolas Jackso menyamakan kedudukan menjadi 3-3 pada masa ini.
🔵 Analysis on Nicolas Jackson’s Chelsea goal vs Man City today! ⚽️🫡
Firstly, this is ALOT better from Jackson! 👏🏼 He’s often been criticised for his performances up until his last few games.
His movement was perfect here, his strikers instinct was to keep moving towards goal… pic.twitter.com/HUEuStBPAY
— West Lower Bandit🦁 (@ChelsSince98) November 12, 2023
Rumusan
Barisan tengah Chelsea semakin serasi dan menunjukkan potensi terutama sekali gandingan Enzo Fernandez dan Moises Caicedo yang pastinya gandingan yang sudah dirancang untuk dipasangkan bersama berdasarkan harga yang dibayar untuk mereka.
Seterusnya, Chelsea menunjukkan bahawa mereka mampu melakukan ancaman kepada lawan dengan cukup berkesan dengan sistem yang agresif dan intensif. Mereka menjadi pasukan pertama musim ini menembusi gawang skuad Guardiola dengan lebih 3 gol.