Ianya aksi yang benar benar dominan oleh Malaysia ke atas pasukan Lubnan.
Menjadikan Malaysia pemenang yang selayaknya untuk aksi final Pestabola Merdeka 2024.

Pressing dan pressuring Malaysia
Dari awal lagi Malaysia bermain dengan sistem high pressing. Ianya ternyata mengejutkan pasukan Lubnan yang kelihatan tidak menjangka Malaysia akan bermain seberani itu.
Sistem ini membuatkan Lubnan banyak melakukan kesilapan di blok bawah mereka. Dan jika Malaysia lebih tajam, pastinya Harimau Malaya mendapat lebih daripada 1 gol pada separuh masa pertama.
Sistem pressing Malaysia adalah ‘man oriented’. Di mana pemain pemain akan cuba menekan pemain secara 1 v 1.
Pau Marti tidak takut mengarahkan pasukannya membentu 3-3-4 atau 3-4-3 sekalipun ketika high pressing. Ianya bola sepak yang berani.
Ia memerlukan stamina dan tenaga sangat tinggi untuk dilaburkan. Terutama sekali berdepan pasukan dari Arab yang kerap membuli kita dengan stamina dan fizikal mereka.
Dari aspek pressuring pula, Malaysia telah memberikan masalah kepada Lubnan dalam aspek duel. Misalnya, gol Romel Morales, yang terhasil selepas pressuring yang kuat dan membuatkan Lubnan gagal memenangi bola kedua dan ketiga, lalu akhirnya peluang gol tercipta.
GOOOLLLL PERTAMA DALAM PERLAWANAN AKHIR PESTA BOLA MERDEKA!!!
ROMEL MORALES UNTUK PASUKAN HARIMAU MALAYA!#PestaBolaMerdeka2024 pic.twitter.com/pE2eh61kBR
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) September 8, 2024
Lubnan banyak buat kesilapan
Lubnan melakukan beberapa siri kesilapan bertahan dalam perlawanan ini. Mereka harus berterima kasih kepada penjaga gol mereka, yang banyak menyelamatkan pasukannya daripada bolos lebih banyak.
Misalnya peluang daripada Akhyar Rashid dalam situasi 1 v 1 ini dan beberapa lagi peluang yang lain yang diselamatkan penjaga gol mereka.
Malaysia berjaya menghukum kesilapan Lubnan menerusi gol oleh Romel Morales yang berjaya menyudahkan peluang terhidang ketika dia tidak dikawal.
Sistem sayap Malaysia
Kemasukan Akhyar Rashid dan Ariff Aiman jelas untuk menguatkan lagi bahagian sayap dan memastikan intensiti dapat dikekalkan pada separuh masa kedua.
Dari segi taktikal, ianya benar benar berjaya. Cuma dari sudut teknikal, Akhyar Rashid banyak membazirkan peluang dan membuat sentuhan tambahan yang tidak perlu.
Namun dari sudut taktikal, Akhyar dan Ariff Aiman bermain dengan lebih ‘flair’ dan lebih sukar untuk dijangka. Ariff Aiman dengan kepakarannya menyerang sehingga ke byline dan mencipta peluang dari sana.
Rumusan
Ianya ‘audition’ yang sukses untuk markah taktikal buat Pau Marti dalam minggu debut di Harimau Malaya. Keberanian taktikal dan kejayaan bermain dengan intensiti yang baik sepanjang 90 minit jarang berlaku untuk Harimau Malaya.
Dari segi aspek individu, mungkin ada beberapa pemain yang gagal membuat keputusan lebih tepat dan cepat dalam situasi tertentu. Itu bukannya kesalahan yang harus diletakkan di bahu jurulatih. Kerana mereka pemain profesional.
#NSTTV Spanish caretaker coach Pau Marti Vicente boldly made six changes to Malaysia's first 11, a strategy that paid off against world No. 116 Lebanon.
READ MORE : https://t.co/StwTkeae3y pic.twitter.com/lwsgzriUBc
— New Straits Times (@NST_Online) September 9, 2024