Saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) mempunyai jutaan pengikut di Malaysia dan hampir semua peminat menyimpan hasrat untuk menyaksikan kelab kesayangan mereka beraksi di depan mata.

Akan tetapi, kekangan bajet menjadi penghalang kepada hasrat tersebut dimana peminat perlu menyediakan wang ribuang ringgit untuk menonton kelab mereka beraksi di stadium.

HYPE
Uban Hilang, Keyakinan Kembali! Alpecin Grey Attack Muncul Sebagai Hero Rambut Anda
Baca lagi →

Baca Juga:

Sekiranya bajet bukan halangan, seorang pengguna di Facebook iaitu Puan Ainon Abdullah membuat perincian mengenai bajet yang diperlukan oleh mana-mana peminat yang mahu terbang ke United Kingdom bagi menyaksikan salah satu liga terbaik di dunia itu.

“Ada beberapa orang yang bertanya anggaran kos untuk menonton bola di UK, dah nak mula merancang untuk musim depan. Lebih kurang begini kosnya, saya bagi anggaran kos seorang untuk seminggu. Alang-alang datang dah bayar tiket penerbangan mahal takkan 2-3 hari jer kan.

“Kos penerbangan dan penginapan dalam RM4-6 ribu, bergantung kepada tarikh. Kalau kena tarikh off peak dan pandai cari, RM4000 – RM4500 boleh dapat. RM5 ribu selesa dah. Semasa cuti sekolah atau tarikh yang peak kena bajet lebih, RM6 ribu cukup insyaAllah, untuk tiket penerbangan & hotel.

“Kos makan dan pengangkutan bergantung kepada selera kita. Ada yg makan £5/hari, ada juga £15. Pengangkutan pula kalau naik public transport murah aja contoh tiket sehari untuk bas di Liverpool £4.50 unlimited ride. Kalau nak senang naik teksi dalam £10-£20 satu perjalanan bergantung kepada jarak.

“Harga tiket bola pula bergantung kepada kelab dan stadium. Anfield dan Emirates paling mahal £200 -£600 bergantung kepada pasukan lawan dan kategori tempat duduk. Stadium lain boleh dapat £150 – £400. Ini harga awal musim berdasarkan harga yang saya dapat season sekarang musim sebelumnya.

“Semua sekali kalau ada RM7-8 ribu dah boleh datang, saya boleh uruskan insyaAllah. Nak saya carikan tiket penerbangan pun boleh. Kalau berdua atau bertiga makin kuranglah kos setiap satu sebab boleh kongsi kos penginapan dan pengangkutan.

“Bulan Jun jadual musim depan akan keluar dah boleh mula merancang. Tempah awal harga tak mahal sangat. Bila musim EPL bermula dan pasukan beraksi dengan baim, harga akan mula naik.