Sudah menjadi kebiasaan apabila masuk sahaja pawagam orang ramai diminta senyap serta tidak menganggu penonton lain untuk menikmati sesebuah filem. Sementara itu, beberapa syarat lain perlu diikuti bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
Dalam pada itu, lain ceritanya pada kali ini menerusi perkongsian Twitter @amofficialmy apabila penonton di GSC One Utama, Petaling Jaya baru-baru ini berdepan situasi panik apabila diarahkan untuk keluar dari dewan pawagam gara-gara loceng penggera berbunyi.
Menerusi siasatan, difahamkan terdapat seorang penonton yang menghisap vape 10 minit selepas filem bermula. Situasi yang berlaku telah menghalang orang ramai untuk meneruskan tontonan sebaliknya keluar dari dewan pawagam serta-merta.
Perkongsian yang dibuat sekaligus telah membuat netizen berang kepada golongan yang tidak sensitif dan bertanggungjawab ini di mana tindakan mereka sekaligus telah menyusahkan orang ramai.
Malah, terdapat netizen yang memaklumkan turut pernah berdepan situasi yang sama di mana terdapat penonton menghisap vape dalam pawagam.
Difahamkan individu yang menjadi punca orang ramai keluar dari dewan pawagam itu berjaya dikesan oleh pihak pengurusan selepas diselidik menerusi rakaman CCTV.