Pendakwah dan penceramah bebas, Dato’ Mohd Kazim Elias atau Ustaz Kazim meluahkan rasa bersyukur selepas kembali pulih daripada masalah kulit. Punca sakit itu dipercayai disebabkan perbuatan sihir yang dihantar kepadanya sejak beberapa tahun lalu.

“Saya bersyukur sangat dapat kembali merasai nikmat sihat,” katanya kepada BH Online.

Baca Juga:

Jelasnya lagi beliau sudah tidak sanggup lagi berdepan gangguan makhluk halus, menjalani rawatan menyakitkan dan berhabis wang ringgit untuk menyembuhkan penyakitnya itu.

Tutup Muka Guna Kain Ketika Ceramah ‘Live’, Penampilan Terbaru Ustaz Kazim Raih Simpati Netizen

“Cukuplah duduk lama di hospital, berubat lama dan banyak berhabis duit. Cukuplah sakit dan berhadapan dengan pelbagai gangguan termasuk nampak perkara bukan-bukan.

“Walaupun isteri dan anak-anak sudah lali dengan perkara ini, tapi kalau boleh saya tak mahu lagi hidup seperti itu,” kata Ustaz Kazim.

Difahamkan penceramah dari Perak itu juga perlu berpantang daripada beberapa jenis makanan. Ini kerana makanan tersebut boleh memberi kesan sampingan kepada badannya.

“Kesan daripada santau, saya perlu jaga makan. Sampai sekarang saya tak boleh makan rebung, limau nipis, kambing dan tak boleh minum air tebu sebab semua itu ada bisa. Kalau makan, badan saya akan sakit dan pedih,” terang Ustaz Kazim.

Jumpa Abu Dan Gambar Dibakar Dalam Kotak, Ustaz Kazim Elias Dedah Disihir Punca Kaki Membengkak

Tambahnya lagi, beliau juga lebih berhati-hati semasa memberi ceramah, ekoran menjadi mangsa santau disebabkan ada yang terasa hati dengan beliau.

“Saya perlu berpantang ketika bercakap sebab takut boleh buatkan orang terasa hati. Dulu masa muda, saya jadi penceramah yang garang, lantang dan bersemangat.

“Ketika itu, ada orang marah kerana mungkin saya terlepas cakap. Selepas dapat tahu saya tanya dan mengadap orang yang menghantar sihir kepada saya.

“Orang itu pun cakap dia terasa dengan apa yang saya cakap. Tapi, saya tak tahu perkara itu kerana tak kenal peribadinya.

“Jadi, sekarang saya ambil keputusan untuk lebih berhati-hati,” luah beliau.

Semasa berkongsi dengan BH Online, Ustaz Kazim turut mendedahkan akibat gangguan sihir itu, beliau menghadapi masalah susah tidur sejak 15 tahun lalu.

“Kalau malam saya hendak tidur, saya akan minta pemandu bawa kereta ke Tanjung Malim misalnya, kemudian patah balik. Jadi, dapatlah saya tidur selama dua hingga tiga jam. Saya sudah dapatkan rawatan doktor, namun tidak dapat diselesaikan juga.

“Sihir ini tidaklah hilang sepenuhnya, ‘tapak’ atau ‘bekas’ daripada gangguan itu masih ada. Disebabkan itu, kalau saya pergi ke tempat yang ada gangguan, saya akan rasa seperti tidak kena,” katanya.

Sumber Gambar: FB Dato’ Ustaz Mohd Kazim Elias

Pada masa sama, Ustaz Kazim berkongsi perkembangan terkini  filem Zim Zim Ala Kazim arahan Mawi. Beliau menjadi watak utama dan filem itu akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 13 Jun depan.

Ustaz Kazim berkata beliau mahu penonton didedahkan dengan kesan buruk daripada perbuatan sihir. Pada nasa sama mahu memupuk kesedaran untuk lebih menjaga tutur kata.

“Dalam filem ini saya hendak ajak orang ramai jangan mengamalkan sihir termasuk membuka mata ramai kita tidak menyebabkan orang menghantar sihir.

“Jadi, saya hendak ajak orang ramai supaya lebih menjaga tutur kata,” katanya.

Sumber