Baru-baru ini tular sebuah video di media sosial dimana satu pasangan suami isteri telah diserbu Jabatan Agama di sebuah hotel bajet.

Menerusi video tersebut, pasangan itu berasa terkejut kerana tiba-tiba Jabatan Agama serbu penginapan mereka. Menerusi video tersebut, pasangan terbabit mengatakan aduan mungkin dibuat oleh pemilik restoran yang tidak berpuas hati dengan mereka.

Baca Juga:

https://www.tiktok.com/@zed.rodzuan/video/7263981284039396609

Difahamkan, pada awalnya mereka mahu makan di sebuah kedai makan yang diniaga oleh seorang mak cik ini tetapi selepas sejam menunggu, makanan mereka masih tidak sampai di meja.

Disebabkan itu, mereka meletakkan duit di atas meja kedai makan berkenaan dan terus beredar ke kedai mamak yang berada di sebelah.

Situasi tersebut membuatkan mak cik berkenaan merasa tidak puas hati dan mengikuti pasangan itu. Malah, mak cik itu sempat mengambil gambar secara sembunyi dan terus mengikuti mereka sampai ke hotel.

@zed.rodzuan

Replying to @Sharifah Nurfarah Yannis alkisahnya kami makan kat kedai makcik tu, lepas tu dia sidai kami sejam tak dapat makan so kami letak duit atas meja dan blah terus dari situ sebab kebulur dari siang tak makan and gerak kedai mamak sebelah. So bermulalah segala tragedi

♬ original sound – Zed Rodzuan – Zed Rodzuan

Ujar mangsa, dia dan isteri dijadualkan berlepas ke Paris untuk bercuti pada jam 4 pagi dan mengambil keputusan untuk mendaftar masuk hotel bajet buat sementara waktu.

Sekitar jam 12 tengah malam, pintu bilik mereka diketuk oleh pejabat agama yang datang untuk melakukan pemeriksaan selepas menerima aduan daripada mak cik berkenaan.

Tambahnya, dia kini dalam pertimbangan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap wanita berkenaan kerana didakwa telah melakukan perbuatan khianat sehingga menganggu kehidupan peribadinya.