Sejak kebelakangan ini, ramai warganet meluangkan masa menonton live TikTok perlumbaan siput sedut.
Dalam keseronokkan menontonnya, ada netizen mempersoal apakah hukum melakukan perlumbaan ke atas haiwan itu.
Baca Juga:
- Tanda Hargai Seorang Guru, Ebit Liew Hadiahkan Ustaz Azhar Idrus iPhone
- Ustaz Azhar Idrus Jelaskan Hukum Pasang Pelita Raya
- ‘Haram Guna Air Sirap Kenduri Untuk Basuh Tangan’ – Ustaz Azhar Idrus
Penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus tampil memberi penjelasan menerusi hantaran Facebook.
“Bermula hukum asal bagi berlumba itu adalah harus ia samada yang berlumba itu manusia atau haiwan.
“Akan tetapi jika ada perkara yang dilarang agama seperti perjudian ketika berlumba itu maka hukumnya berubah daripada harus menjadi haram,” petik hantaran Facebook itu.
Menurutnya lagi, perlumbaan tanpa pertaruhan tidak jatuh hukum haram.
“Dan perlumbaan itu ada dua bahagi. Pertama ialah perlumbaan tanpa bertaruh dan keduanya perlumbaan dengan bertaruh.
“Maka adapun perlumbaan tanpa bertaruh maka harus hukumnya dengan mutlak tanpa ada sebarang kaitan dengan suatu yang tertentu,” kata Imam Ibnu Al-Quddamah, dalam Kitab Al-Mughni.
Pada masa sama, disyaratkan bagi harus perlumbaan tanpa bertaruh itu ialah tidak ada pada perlumbaan itu menyiksa haiwan yang terbabit.