Pada hujung minggu yang lalu pihak kerajaan telah mengumumkan pemberian wang sebanyak RM50 kepada rakyat Malaysia dengan syarat menerusi program ePenjana. Pemberian wang digital ini dijalankan sebagai inisiatif kerajaan untuk merancakkan lagi industri dompet digital serta ekonomi dalam negara.
Menerusi kenyataan yang dibuat, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memaklumkan individu berumur 18 tahun keatas dengan pendapatan kurang daripada RM100,000 layak menerimanya.
Kerajaan akan kredit RM50 dalam akaun e-dompet setelah pengguna muat turun aplikasi MySejahtera – @IsmailSabri60 pic.twitter.com/sGor9aQwW1
— BERNAMA (@bernamadotcom) June 8, 2020
Pada hari ini, Menteri Kanan (Keselamatan) Malaysia, Dato’ Ismail Sabri telah mengumumkan pemberian wang yang dimasukkan ke dompet digital ini bakal dikreditkan melalui aplikasi MySejahtera.
Sejurus selepas pengumuman dibuat, didapati orang ramai mulai memuat turun aplikasi ini secara serentak sekaligus membuatkan aplikasi ini menjadi sesak serta gagal diakses.
Pendaftaran untuk aplikasi MySejahtera sesak pada masa ini. Sila cuba mendaftar selepas beberapa jam. Harap maaf.
– CPRC KKM— KKMalaysia🇲🇾🩺❤️ (@KKMPutrajaya) June 8, 2020
Pihak kerajaan turut mengeluarkan kenyataan agar orang ramai bersabar serta menunggu seketika sementara menantikan aplikasi MySejahtera dapat diakses oleh orang ramai.
Menurut laporan daripada Amanz, pemberian kredit RM50 menerusi aplikasi MySejahtera ini bakal dikreditkan kepada pengguna seawal bulan Julai ini.
Berita baik buat orang ramai selepas pihak kerajaan telah membenarkan orang ramai merentas negeri serta pulang ke kampung bermula 10 Jun ini.
Berada Di Fasa Pemulihan, Tanggungjawab Cegah COVID-19 Kini Di Tangan Masyarakat