Apple iPad generasi ke-10 dan iPad Pro M2 telah diperkenalkan pada bulan Oktober lepas. Kini Apple secara rasminya menawarkan kedua-dua iPad baharu ini ke dalam pasaran Malaysia.

Para peminat Apple sudah pasti tidak sabar untuk mendapatkan iPad baharu yang serba canggih untuk kegunaan profesional. Oleh itu, mari kita lihat spesifikasi kedua-dua tablet iPad ini bersama harganya di Malaysia.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Baca Juga:

iPad Generasi Ke-10

Sumber Gambar: Apple

iPad baharu ini mempunyai paparan skrin Liquid Retina bersaiz 10.9-inci serta dijana bersama cip Apple A14 Bionic dan paling menarik sekali hadir dengan pengecas berasaskan USB-C. Selain itu, terdapat sokongan sambungan WiFi 6 dan juga rangkaian 5G bagi selular.

Sumber Gambar: Apple

iPad baharu ini mempunyai paparan skrin Liquid Retina bersaiz 10.9-inci serta dijana bersama cip Apple A14 Bionic dan paling menarik sekali hadir dengan pengecas berasaskan USB-C. Selain itu, terdapat sokongan sambungan WiFi 6 dan juga rangkaian 5G bagi selular.

Di Malaysia, iPad generasi ke-10 ini sedia ditawarkan bermula pada harga RM2,099 untuk versi WiFi 64GB dan versi selular 5G 64GB dengan harga RM2,849 bersama pilihan warna kuning, biru, merah jambu dan perak.

iPad Pro M2

Sumber Gambar: Apple

iPad Pro generasi ke-6 pada kali ini dijana dengan cip pemprosesan yang canggih iaitu M2 yang mana turut digunakan pada MacBook Pro yang diperkenalkan pada awal tahun ini. Model ini juga hadir dengan pilihan saiz skrin 12.9-inci dan juga 11-inci  dengan sokongan refresh rate 120Hz.

Sumber Gambar: Apple

Kedua-dua tablet ini hadir dengan sokongan input berasaskan Apple Pencil serta mempunyai sokongan WiFi 6E dan juga menawarkan sokongan 5G untuk model selular. iPad Pro turut menyertakan sambungan USB-C bagi memudahkan sebarang sambungan dihubungkan pada sejumlah aksesori termasuklah monitor.

Berkenaan harga pula, iPad Pro bersaiz 11-inci pada kali ini ditawarkan dengan harga bermula RM3,899 sementara model 12.9-inci pula hadir pada harga bermula RM5,399. Selain itu, versi Pro pula hanya ditawarkan dengan dua warna iaitu Space Grey dan Silver.

Sumber