Selepas 12 tahun Samsung memegang takhta sebagai pengeluar telefon pintar terbesar dunia, akhirnya pada tahun 2023 menjadi saksi apabila Apple berjaya mengambil alih takhta tersebut.

Berdasarkan rekod, Apple berjaya mengeluarkan sebanyak 234.6 juta iPhone pada tahun 2023 bersamaan 20.1% pasaran telefon pintar dunia.

Baca Juga:

Syarikat Samsung akhirnya terpaksa turun ke tangga kedua dengan jumlah pengeluaran sebanyak 19.4% diikuti Xiaomi dengan 12.5%.

Sementara itu, syarikat Transsion yang menjadi syarikat induk kepada jenama Itel, Tecno dan Infinix berjaya mendapat perhatian pengguna sekaligus muncul sebagai muncul di tempat kelima sebagai pengeluar telefon pintar terbanyak di dunia.

Peningkatan pengeluarkan Transsion sekaligus menyaksikan telefon pintar seperti Vivo dan Asus terkeluar daripada senarai lima teratas.

Sumber