Nama tonggak Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman tiba-tiba menjadi sebutan apabila dikaitkan dengan khabar angin mengenai perpindahan ke kelab gergasi Iran, Persepolis FC.
Malah, media Iran menyenaraikan nama Arif Aiman antara 4 calon bagi menggantikan tempat pemain sayap, Mehdi Torabi yang berpindah ke pasukan Tractor.
Baca Juga:
- Ini Rahsia Bangsa Cina Simpan Duit Yang Semua Orang Boleh Ikut
- Mengapa Pengguna CIMB Tidak Perlu Panik Dengan Servis DuitNow
- Menyesal Tidak Guna Lebih Awal, Peniaga Ini Kongsi Kelebihan Kad Kredit Untuk Bisnesnya
Tiga pemain lain yang turut berada dalam senarai itu ialah Amine Zouhzouh, Abdellah Haimoud dan Everton Galdino.
“Dengan pemergian Mehdi Torabi dari Persepolis, mencari penggantinya telah menjadi satu cabaran. Kita meneliti 4 pilihan utama yang disebut dalam media untuk mengukuhkan Persepolis.
“Kelab Persepolis berkemungkinan akan memilih salah seorang daripada pemain ini untuk menggantikan Torabi dan memperkuatkan bahagian tengah.
“Perkara yang menarik tentang kesemua 4 pemain ialah gaya permainan mereka yang menarik, di mana terdapat banyak aksi menggelecek dan pergerakan teknikal,” tulis laporan media tersebut dalam bahasa Iran.
Persepolis FC merupakan juara Liga Pro Iran musim lepas dan bakal beraksi dalam saingan AFC Champions League Elite (ACLE) pada musim 2024-2025.
Bagaimanapun, ia masih di peringkat khabar angin dan tiada tawaran rasmi daripada Persepolis FC setakat ini.
Menurut perkongsian HarimauMystats, satu-satunya pemain Malaysia yang pernah mendapat tawaran beraksi di Liga Iran ialah arwah Mokhtar Dahari. Tawaran tersebut datang semasa Piala Asia 1976, namun arwah menolak.
Arif Aiman akan menjadi pemain kedua Malaysia mendapat tawaran jika khabar angin ini benar.
#FunFact Satu-satunya pemain Malaysia yang mendapat tawaran beraksi di Liga Iran ialah arwah Mokhtar Dahari. Tawaran tersebut datang semasa Piala Asia 1976, namun arwah menolak. Arif Aiman akan menjadi pemain kedua Malaysia mendapat tawaran jika rumours ini benar. https://t.co/WuIZQ8QN6W pic.twitter.com/veJrkBShea
— HarimauMYstats (@HarimauMYstats) July 27, 2024
Arif Aiman yang meraih Anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) Liga Malaysia sebanyak tiga kali berturut-turut merupakan antara bintang paling bersinar dalam kalangan pemain tempatan.