Pep Guardiola meramalkan pengurus Arsenal, Mikel Arteta bakal menggantikan tempatnya di Manchester City satu hari nanti. Guardiola masih memiliki baki kontrak semusim dengan City dan dijangka tidak akan menyambung lagi.
Ia bermakna musim 2024-25 adalah yang terakhirnya bersama City dan beliau mensasarkan gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) buat kelima berturut-turut.
Baca Juga:
- Ini Rahsia Bangsa Cina Simpan Duit Yang Semua Orang Boleh Ikut
- Mengapa Pengguna CIMB Tidak Perlu Panik Dengan Servis DuitNow
- 5 Tanda Status Kewangan Anda Lebih Baik Daripada Kebanyakan Individu Lain
Pengendali dari Sepanyol itu menyifatkan Arteta adalah calon terbaik untuk menggantikan tempatnya berdasarkan prestasi bersama Arsenal dalam saingan EPL musim ini.
“Saya yakin dia akan menggantikan saya. Dia akan berjaya. Lambat atau cepat, ia akan berlaku.
“Dia masih muda tetapi mempunyai pengalaman luas. Melatih pemain ternama dan pasukan besar. Dia mempunyai etika kerja yang bagus.
“Dia memiliki bakat istimewa untuk menganalisa apa berlaku dan mencari penyelesaian. Kami banyak bercakap apa dipercayainya dan apa dirasakannya,” kata Guardiola dipetik dalam mirror UK.
❤️ Mikel Arteta on Pep Guardiola: "He is the best manager in the world by a mile".
"He is someone I loved working with and that will stay forever. The intelligence, the way he manages the team, an incredible work ethic, he does a lot behind the scenes that people don't see". pic.twitter.com/I9yUAyEar8
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) March 29, 2024
Arteta pernah menyertai kakitangan kejurulatihan Manchester City pada 2016, memenangi lima trofi bersama Pep Guardiola termasuk dua gelaran Liga Perdana, sebelum mengambil alih tugas di Arsenal pada Disember 2019.
Menurut Guardiola, Arteta memiliki karakter unik di bilik persalinan dan bakal menjadi pengurus yang berjaya.
“Dia sangat gembira ketika kami menang tetapi kecewa ketika kalah dan sebab itu mengapa dia berusaha cuba mencari penyelesaian.
“Dia manusia hebat dengan nilai-nilai hebat di bilik persalinan dan dia bakal menjadi pengurus lebih berjaya di masa hadapan,” katanya lagi.
The Gunners hanya dibezakan 2 mata dengan Manchester City pada musim ini namun Arteta tetap berbangga dengan kerja keras pemainnya sehingga bergelar naib juara EPL kali kedua berturut-turut.