Pengurus Arsenal, Mikel Arteta mengakui tertarik dengan sukan Sepak Takraw yang mengabungkan teknik dan kagum dengan skill luar biasa yang dipamerkan oleh pemain negara.

Beliau memberi reaksi demikian dalam satu temubual bersama wartawan Stadium Astro, Adam Carruthers ketika ditunjuk rakaman video perlawanan Liga Sepak Takraw Malaysia (STL).

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

Video temubual itu tular di media sosial dan menerima reaksi positif dalam kalangan peminat sukan negara.

Malah, Arteta juga mahu mencuba bermain Sepak Takraw jika ada kelapangan berkunjung ke Malaysia.

“Pertama sekali, ianya kebolehan atletik yang luar biasa. Untuk melakukan apa yang mereka lakukan dan teknik. Permainan yang menakjubkan, saya ingin mencubanya.

“Saya akan cuba yang terbaik. Saya memang teringin nak main permainan ini,” kata Arteta.

Adam kemudian mencadangkan, mungkin selepas ini Arsenal mengunjungi Malaysia untuk aksi pra musim. Dan Arteta setuju sambil berkata:

“Saya akan pastikan saya main dulu permainan ini sebelum pemain saya,”

Sukan Sepak Takraw sentiasa didominasi oleh negara Asia Tenggara dan kini semakin dikenali di beberapa negara Eropah termasuk Amerika Syarikat.

Pada pandangan anda, posisi mana yang sesuai untuk Arteta jika beliau bermain sepak takraw? Feeder mungkin? Kerana Arteta terkenal dengan kreativiti dan kemampuan melakukan ‘assist’ ketika bermain bola sepak.