Melukis potret menggunakan berus dan cat mungkin adalah perkara biasa yang dilakukan setiap artis atau mereka yang mempunyai hobi untuk melukis- terutamanya dengan masa lapang yang ada di musim PKP ini.

Namun, ‘melukis’ menggunakan skru dan screw driver  bukanlah perkara yang boleh kita lihat setiap hari sebelum ini atau mungkin sangat jarang dilakukan oleh mana-mana artis.

Namun itulah yang dilakukan seorang artis tempatan Choong Chee Leong yang menghasilkan potret menggunakan dua alat bertukang tersebut ketika ‘melukis’ potret wajah susuk kesayangan ramai rakyat Malaysia Dr Noor Hisham Abdullah.

Proses beliau menghasilkan potret itu sudah pun menerima 40,0000 tontonan sejak dimuat naik Jumaat lalu di page Facebook ahguu handcraft.

Menurut temu bual yang dilakukan bersama MalayMail, Choong mendedahkan keseluruhan proses menghasilkan potret tersebut mengambil masa selama dua minggu dan menggunakan sejumlah 4,219 skru.

“Setiap satu skru perlu tepat.

“Ada sedikit touching up (kemasan) yang dilakukan di hujung bagi menampakkan ciri-ciri Dr Noor Hisham, namun secara umumnya skru-skru tersebut  perlu berada di tempat masing-masing.

“Kalau tidak, ia akan kelihatan seperti orang lain di penghujungnnya.

Bagaimanapun menurutnya, hasil yang tidak memuaskan atau tidak menyerupai individu yang ingin dilukis adalah antara ‘perjudian’ yang terpaksa dilakukan bila menghasilkan seni dengan menggunakan skru.

Beliau sebelum ini juga pernah mencuri tumpuan apabila turut menghasilkan potret wira badminton Lee Chong Wei bersempena dengan pengumuman persaraan pemenang pingat perak Olimpik itu.

Menariknya, beliau sebelum ini juga dilihat menggunakan skru dan tukul dalam menghasilkan potret tersebut seperti yang dikongsikan di laman Instagram miliknya.

Rakyat Malaysia kita memang ramai yang berbakat, terutamanya di musim-musim PKP ini. Baca perkongsian kami sebelum ini mengenai anak muda dari Kelantan ini yang menghasilkan potret PM kita ketika sedang bersiaran secara live di Facebook di pautan di bawah. 

Bermula Di Facebook Live, Potret ‘Terima Kasih Abah’ Ini Bakal Ke Putrajaya

Hak Pengkarya ‘Dicabuli’, Pelukis Ilustrasi Ini Dedah Agensi PR Mahu 80 Lukisan Secara Percuma?

Sumber