Skuad futsal Malaysia bakal turun beraksi pada jam 7.00 malam ini dengan misi wajib menang ke atas juara 16 kali kejohanan, Thailand bagi membuka kembali peluang untuk ke separuh akhir Kejuaraan Futsal ASEAN 2024.

Hanya kemenangan dapat menghidupkan kembali peluang Malaysia selepas tewas 0-2 ketika bertemu Vietnam di Terminal 21, Nakhon Ratchasima, semalam.

Baca Juga:

Walaupun tugas berat menanti kerana terpaksa berdepan dengan pasukan tuan rumah, Rakphol Sainetngam tetap percaya anak buahnya mampu untuk mencipta kejutan pada perlawanan ini.

Ketika ramai peminat futsal tanah air mengecam kekalahan semalam, mereka juga dalam pada masa sama pastinya tetap berharap skuad negara mampu menjelmakan keputusan positif pada malam ini.

Meskipun beraksi jauh beribu batu, peminat futsal negara boleh menyaksikan perlawanan tersebut di laman sesawang rasmi stesen televisyen Indonesia iaitu RCTI+.

Klik link perlawanan: Malaysia lawan Thailand

RCTI+ merupakan stesen penyiar rasmi kejohanan tersebut bagi negara Indonesia.

Melihatkan kepada perlawanan Malaysia dan Vietnam semalam, anda boleh terus menonton aksi tersebut tanpa menggunakan VPN.

Tetapi, sekiranya terdapat masalah untuk menyaksikan perlawanan tersebut di RCTI+, anda perlu menggunakan VPN Indonesia.

Manakala, bagi anda yang mempunyai akses VPN, siaran langsung boleh juga disaksikan di Youtube dan Facebook Futsal Thailand.

Selepas bertemu skuad Thailand, pasukan futsal Malaysia akan menghadapi Timor-Leste pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan, petang esok.