Rachael Gunn, atau lebih dikenali dengan nama pentasnya RayGun, kini dikecam dan dipersoal bagaimana beliau layak ke Olimpik Paris 2024, lapor India Today.

Atlet berusia 36 tahun ini, yang tular akibat persembahan tariannya yang unik namun mengecewakan, telah berdepan kritikan hebat dan dituduh memanipulasi proses pemilihan untuk memastikan tempatnya dalam pasukan Olimpik Australia.

kuih raya
HYPE
Dari Dapur Nenek Ke Dapur Moden: Kuih Raya Tradisi Dengan Elemen Inovatif
Baca lagi →

Kontroversi ini bermula apabila sebuah petisyen yang dilancarkan oleh individu tanpa nama pada Isnin lalu mendakwa bahawa Gunn dan suaminya, Samuel Free, telah menubuhkan Australian Breaking Association (ABA), organisasi yang bertanggungjawab memilih atlet untuk mewakili Australia di Olimpik.

Petisyen tersebut, yang telah mengumpul lebih 40,000 tandatangan, juga menuduh Gunn dan Free menggunakan pengaruh mereka untuk memanipulasi proses pemilihan, sehingga mengenepikan bakat-bakat lain seperti G Clef dan Holy Molly.

Selain itu, Gunn juga dituduh menafikan dana kepada NT Youlong Boys, sekumpulan belia kurang berkemampuan dari Northern Territory, yang menjejaskan peluang mereka untuk mempamerkan bakat di peringkat kebangsaan.

Namun, media Australia telah mengesahkan bahawa Gunn dan Free tidak terlibat dalam penubuhan badan breakdancing Australia.

Malah, Komite Olimpik Australia (AOC) dan AusBreaking, badan yang mengawasi proses pemilihan, telah mengeluarkan kenyataan untuk memperjelaskan situasi ini.

Mereka menerangkan bahawa proses pemilihan pasukan breakdancing Australia dijalankan selama dua hari dan terbuka kepada semua peserta yang berminat di rantau Oceania, mengikut peraturan yang ditetapkan oleh World DanceSport Federation (WDSF) dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), bagi memastikan keputusan yang adil dan saksama.