Personaliti internet, IShowSpeed masih belum move on dari lawatannya ke Indonesia dimana beliau mengajar bekas bintang Juventus dan Perancis, Paul Pogba perkataan dari negara itu dalam siarang langsungnya baru-baru ini.
Pogba menjadi tetamu dalam live streaming dalam saluran Speed dimana mereka meluangkan masa melakukan beberapa aktiviti di padang bola sepak dan rumah personaliti itu.
Baca Juga:
- Cristiano Ronaldo Ajar IShowSpeed Sebut ‘Santai’
- ‘Miskin Budaya’ – Hadiah Peminat Singapura Kepada IShowSpeed Jadi Bahan Ketawa
- IShowSpeed Pakai Batik Malaysia Sempena Hari Batik Indonesia
Ketika berada di dalam kereta, Speed mengajat Pogba beberapa perkataan Indonesia seperti santai, awas dan minggir (ke tepi).
🚨| WATCH: Speed teaches Pogba some Indonesian words 🇮🇩 pic.twitter.com/x0ifNmbV1L
— Speedy HQ (@IShowSpeedHQ) November 5, 2024
Ketika lawatannya ke Indonesia, IShowSpeed mencipta fenomena dimana ribuan rakyat negara itu menyambut Speed dan mengikuti kemana saja beliau pergi.
Fenomena ini mencetuskan beberapa kejadian dimana ketika berada di Yogyakarta, peniaga kaki lima menjadi mangsa betapa fanatiknya peminat Speed dimana barang perniagaan mereka rosak akibat dipijak oleh peminat yang mengikuti Speed.
Penyanyi dan komposer dari Indonesia, Reza Arap sanggup membayar ganti rugi kepada pihak yang terkesan akibat kedatangan YouTuber terkenal itu.
Dipetik dari laman X miliknya, Reza memuat naik ciapan yang mana beliau sudah menyelesaikan semua urusan ganti rugi kepada peniaga yang terkesan.
Rata-rata warganet memuji tindakan Reza itu yang tidak lepas tangan atas insiden yang terjadi kerana beliau merupakan antara orang kuat yang membawa IShowSpeed ke Indonesia.
Difahamkan ahli kumpulan Weird Genius ini yang menghubungi Speed dan sanggup mengeluarkan wang sendiri untuk membawa YouTuber berasal Amerika Syarikat itu ke Indonesia.
Sewaktu berada di Indonesia, Speed telah melawat tiga kota bermula dari Jakarta, Bali dan kemudiannya Yogyakarta dimana beliau diperkenalkan dengan budaya negara jiran berkenaan.
Selain Indonesia, Speed turut melawat Thailand, Malaysia, Kemboja, Vietnam dan Singapura dalam jelajah lawatan ke Asia Tenggara.