‘Anak saya bukan rempit’, begitulah luahan seorang ayah yang masih bersedih meratapi kehilangan anaknya baru baru ini.

Ayah kepada Zaharif Affendi Muhd Zamrie yang maut dilanggar pegawai kanan polis baru baru ini menegaskan anaknya cuba membuat bising sahaja.

Baca Juga:

Pengawai Kanan Polis Ditahan Susulan Kes Langgar Pelajar Depan Sekolah Sehingga Maut

 

Lalu dia mahu tahu, apa hak sampai nyawa anaknya dicabut hanya kerana membuat bising dengan ekzos motosikal?

Bercakap kepada pegawai polis yang datang ke rumahnya, ayah kepada Zaharif berkata: “Dia bunuh anak saya, dia boleh reverse kereta dan tengok, wajahnya tiada reaksi langsung.”

“Kemudian dia buat cerita brek dia ‘tak makan’, kononnya orang di situ nak pukul dia. Sedangkan saya sendiri yang berada di situ cakap [dekat orang ramai] jangan usik dia. Jadi tidak ada orang pukul dia.”

“Kemudian dia tengok anak saya yang jururawat, dia fikir itu adalah pegawai perubatan yang datang. Dan dia terus cabut [beredar].”

Ayah kepada Zhariff juga memberitahu anaknya menderita selama 40 minit di tempat kejadian.

Dia juga kecewa kerana pegawai kanan polis itu langsung tidak ada rasa simpati mahu membantu menghantar anaknya ke hospital atau bertanyakan keadaan anaknya.

“[Seorang pelajar] beruniform sekolah, atas alasan ekzos bising, kamu langgar dia sehingga mati,” tegasnya lagi sambil menyatakan bahawa tidak mustahil dia akan melakukan perkara yang sama kepada anak orang lain selepas ini.

Seterusnya ayah arwah juga tahu bahawa pegawai kanan polis itu ada ‘kabel kuat’ dan dia mahu tahu siapakah mereka.

“Saya akan kalah, kalau masuk ke mahkamah pakai peguam pun saya akan kalah. Kerana dia ada kabel besar,” tambahnya lagi.

Namun selepas itu dia meminta maaf kerana agak emosi sehingga memburukkan polis.

“Anak saya tak akan kembali dah Datuk. Namun saya nak, dengan tulus dan ikhlas, saya minta maaf Datuk, kerana berkasar [bahasa]. Minta maaf kepada semua pegawai kerana saya telah burukkan polis.”

“Tetapi saya buat ini kerana Allah, saya tak nak perkara ini terjadi kepada orang lain, kepada anak anak yang sedang meningkat naik ini yang duduk main motor.”

“Anak saya bukan rempit, anak saya tak pernah merempit. Anak saya cuma buat hal bising sahaja”

“Tapi kalau ekzos bising itu salah, kenapa polis tak serbu semua kedai kedai ekzos. Kenapa? Kenapa JPJ tak pergi serbu.”