Pelakon terkenal Azhan Rani menegur glongan yang berbalah soal solidariti ke atas Palestin di mana wujud golongan yang menurutnya berlumba lumba nak tunjuk dia adalah ‘terpaling Palestin’.
Perbuatan suka merendah rendahkan usaha orang lain itu menurutnya telah membawa kepada perpecahan di kalangan rakyat Malaysia. Ianya akibat adanya caci maki dan ejek mengejek nak tunjuk bahawa dia paling prihatin.
Baca Juga:
- Tulang Mata Kiri Fasha Sandha Patah, Netizen Salahkan Azhan Rani Terlalu ‘Menjiwai Watak’
- Fasha Sandha Enggan Komen Isu Boikot
- Azhar Sulaiman Nekad Tunjuk Solidariti Buat Staf McD
Dan ianya membuatkan Azhan Rani sangat sedih. Kerana menurutnya lagi, setiap orang yang berdoa untuk keamanan di Palestin juga dianggap pejuang tanpa mengira latar belakang mereka.
Menerusi siaran di Instagramnya, Azhan Rani berkata: “Perkara paling sedih tentang Palestin pada aku ialah bila perang di Palestin buatkan ramai antara kita [di Malaysia] berpecah belah.”
“Selain berdoa untuk bumi Palestin kembali damai dan beroleh kemenangan apa kata sama-sama doakan antara kita lebih aman bersatu.”
“Mulai esok tak payah la lagi bertanding siapa yang terpaling Palestin.”
“Setiap pendoa buat mereka di sana adalah pejuang InshaAllah walau kita tak mampu ke medan tempur. ”
“Tak kisahlah ahli politik mahupun kita rakyat biasa tak perlu la caci mencaci, remeh meremehkan, ejek mengejek, berkasar bahasa demi nak menunjukkan siapa yang terpaling pejuang.”
“Kita semua kat sini je. Sokong mana yang bagus dengan akal dan budi kita. Yang kita rasa tak ok tu kita doakan perlahan-lahan mereka bersama mengangkat kalimah Allah. Macam mana nak menang belum bertempur kita dah berpecah.”
Azhan Rani kemudian meminta maaf kerana dia membebel sebelum tidur sambil menyatakan bahawa semangat tu dia dapat ketika dia mencuba memakai serba lilit di kepala seperti Al-Qassam. Sambil menyatakan kekaguman beliau ke atas pejuang tersebut.
“Maaf la sekadar bebel sebelum tidur. Sambil sambil try acah acah lilit serban macam Al-Qassam.”
“Tapi serius aku kagum dengan mereka, walaupun tak pakai helmet perang canggih kalis peluru, dengan serban litup muka ni lebih menggerunkan dan nampak lebih pejuang.”
Dia mengakhiri nukilannya dengan meminta semua orang berdoa sama sama dan menjadi lebih baik dari hari ini dan semalam.”
“Doa la sama sama, kita usaha berubah jadi lebih baik dari hari ini dan semalam. InshaAllah,” tuntas beliau.