Baru-baru ini, pelakon Azhar Sulaiman telah berkongsi sebuah video di TikTok miliknya dimana dia membuat ‘house tour’ selepas ramai peminat mahu melihat suasana rumahnya.

Selain ‘house tour’, dua turut bercerita mengenai kewujudan satu batu misteri yang gagal dibuang dan dipecahkan ketika awal pembinaan rumahnya suatu ketika dahulu.

Baca Juga:

@theazharsulaiman

Rumah Behar ada tempat Pemujaan Orang Asli….

♬ Creepy and simple horror background music(1070744) – howlingindicator

“Batu ini sebahagian daripada tempat orang asli sembahyang dulu. Masa site visit memang jumpa tempat ni. Tapi tak sangka ia sebahagian daripada laluan masuk rumah saya sekarang.” ujar Azhar.

Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen berasa seram sejuk apabila mengetahui bahawa batu tersebut pernah menjadi sebahagian tempat pemujaan satu ketika dahulu.

Bukan itu sahaja, para netizen turut meminta Azhar untuk berkongsi sama ada pernah berlaku kejadian seram di rumahnya itu dan mahu melihat keadaan tapak tersebut sebelum didirikan rumah.