Azhar Sulaiman akhirnya tampil mendedahkan syarat untuk menjadi menantunya. Dia tidak kisah jika anaknya Kasih Iris Leona mahu kahwin awal – seawal tahun hadapan pun tiada masalah kata pelakon veteran itu.
Dia menyatakan perkara itu menerusi ucapan Selamat Tahun Baru kepada anak gadisnya.
Azhar Sulaiman sedia menerima menantu baharu. Dengan syarat, lelaki itu mestilah tahan dengan asap rokok terutama sekali di dalam kereta. Selain itu dia juga mahukan seorang menantu yang bukan vegetarian dan layan muzik rave.
Selain itu dia juga memberikan peringatan bahawa, calon suami Leona mungkin akan dengan mudah melepasi ujian daripada emaknya. Namun bukan daripada dia, Kasih dan Rees.
Dalam siarannya di Facebook, Azhar Sulaiman berkata: “Happy New Year Mekna (Leona).
“Kalau awak behi (ingin) sangat nak nikah tahun depan, boleh sahaja.
“Tolong pastikan bakal suami awak tidak kisah dengan bau asap rokok terutamanya dalam kereta, bukan seorang vegetarian dan okay dengan muzik bergenre Rave.
“Mesti diterima oleh The High Council iaitu Kasih & Rees juga.
“Dengan Mommy mungkin senang lulus test tapi dengan kami bertiga, lain.
Ramai yang cuba menghantar pencalonan kepada Azhar Sulaiman. Di mana ada yang menegaskan bukan sahaja asap rokok, asap fogging pun selamba tahan.
Azhar Sulaiman memang suka menyakat anak daranya itu yang kini berada di luar negara.