Bekas pemain Perak dan Kedah Darul Aman, Azmeer Yusof mendedahkan beliau pernah dibuli sewaktu bergelar pemain profesional yang kebanyakkanya dilakukan oleh rakan sepasukan.
Menerusi laman media sosial Facebook miliknya, Azmeer menyenaraikan lima jenis buli yang dilakukan ke atas dirinya bermula dari dipulaukan rakan sepasukan sehingga tangan yang melecur kerana ekzos motosikal.
Baca Juga:
- Label Kereta Sebagai Besi Buruk, Azmeer Yusof Dedah ‘Jalan Kemiskinan’ Yang Dipilih
- Azmeer Yusof Rasa Bersalah Terlepas Pandang Jiran Susah, Mahu Bina Rumah Baru Buat Mak Cik Ini
- Kim Pan-gon Nafi Hantar Surat Mahu Tinggalkan Skuad Kebangsaan
“Berlaku di airport luar negara. Pemain senior waktu tu ambil tiket flight saya, keronyokkan dan campak tiket saya tu dalam tong sampah. Bila saya tanya masing-masing tak mengaku tiket saya di mana. Dorang siap gelak-gelak lagi waktu tu.
“At the end ada seorang pemain ni bocor rahsia beritahu ada dalam tong sampah. Tapi saya kena selongkar tong sampah tu cari tiket saya. Sedih beb waktu ni.
“Bersaksikan airport KLIA, saya dipaksa untuk angkat semua beg pemain masuk ke dalam. Kitman pun buat sebab tu memang kerja dia. Tapi saya diberi arahan khusus dari seorang pemain senior untuk angkat semua beg-beg pemain tu. Waktu angkat beg-beg tu, pemain lain sedap-sedap berjalan p makan sambil tunggu untuk naik flight.
“Tengah nak balik ke rumah, motor saya mati tengah jalan. Ada pemain tutup saluran minyak ke karberator saya. Masa check tu saya terpegang batang ekzos. Melecur beb tangan saya. Waktu melecur tu lah Allah ingatkan saya tentang pemain ini.
“Sebab masa saya nak pergi mandi, saya nampak dia menunduk ke arah karberator. Haaa dari situ lah Allah bantu saya, ilhamkan saya untuk buka semula saluran minyak tu. Barulah boleh start semula. Tapi masa perjalanan balik tu berkaca wo mata saya. Apalah salah saya waktu tu sampai diperlakukan camtu. Mungkin saya baik sangat kot. Sebab kalau nak jadi pemain bolasepak tak boleh baik sangat,” tulisnya di Facebook.
Menurut Azmeer Yusof, meskipun pernah dibuli sebelum ini, beliau bersyukur kerana kejadian yang berlaku membantunya untuk memperkuatkan mental bagi menghadapi semua cabaran yang hadir dalam kariernya sebagai pemain bola sepak.