Legenda bola sepak negara, Azmil Azali optimis keputusan positif mampu dijelmakan oleh barisan pemain skuad kebangsaan dalam saingan Piala Asia 2023 nanti.

Azmil melihat barisan pemain yang dipilih ketua jurulatih, Kim Pan-gon bagi menggalas tanggungjawab di Qatar itu mampu untuk melakukan tugasan dengan baik meskipun perlu berhadapan dengan Jordan, Bahrain dan Korea Selatan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Bekas pertahanan kental itu turut melihat aspek penekanan taktikal serta pemilihan pemain yang tepat untuk diturunkan sebagai kesebelasan utama memainkan peranan penting dalam usaha skuad negara memberikan saingan sengit.

“Alhamdulillah, kali ni skuad Harimau Malaya ke Piala Asia Qatar 2023 kendalian jurulatih Kim Pan-gon nampak memberi cahaya walaupun bukan sangat terang buat skuad Malaysia.”

“Himpunan pemain pemain yang berada di prestasi terbaik dalam Liga Malaysia yang akan diturunkan nampak akan memberikan impak positif di setiap perlawanan dan diharapkan skuad Harimau Malaya dapat perolehi keputusan positif kali ini.”

“Diharapkan taktikal dan meletakan posisi pemain dengan betul sertakualiti persembahan daripada setiap pemain yang diberi kepercayaan turun pada setiap perlawanan dapat membuahkan hasil dan beri keceriaan serta kegembiraan buat seluruh peminat bolasepak di Malaysia,” ujar Azmil bercakap kepada The Vocket.

Dalam perkembangan sama, Azmil Azali yang merupakan anggota skuad Harimau Malaya ketika muncul naib juara Piala Tiger 1996 menamakan Matthew Davies, Dion Cools, Shahrul Mohd Saad dan La’vere Corbin-Ong sebagai ‘back four’ pilihannya untuk membantu Ahmad Syihan Hazmi bagi menggagalkan usaha jaringan pihak lawan di Piala Asia 2023 nanti.