Penyanyi dangdut, Baby Shima telah memfailkan saman terhadap pendakwah bebas, PU Syed dan Ketua Pemuda PAS Kuantan, Abd Rahman Mat Noor di Mahkamah Tinggi Ipoh, Perak dan Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Kelantan semalam.
Susulan itu, PU Syed dalam satu kenyataan di Instagram miliknya mengatakan bahawa dia tidak terkesan dengan tuntuntan saman yang dikeluarkan oleh Baby Shima berhubung kenyataannya yang didakwa berunsur fitnah.
Baca Juga:
- ‘Bersorak Seperti Meraikan Dosa’ – PU Syed Malu Dengan Tindakan Afgan Peluk Wanita Berhijab
- ‘Jika Baby Shima Dan Ifa Raziah Ditangkap Kerana Berpakaian Tidak Sopan, Kami Pun Akan Senyap’ – Da’i Fuad
- Persenda Golongan OKU, Baby Shima Terima Kecaman Hebat Oleh Para Netizen
Menerusi kenyataan tersebut, PU Syed juga menegaskan tetap dengan pendiriannya menegakkan kebenaran dan menegur sesuatu yang salah mengikut sudut Islam.
Justeru itu, dia menganggap ia sebagai satu ujian dalam mencegah kemungkaran yang boleh mencemarkan nama Islam.
Terdahulu, PU Syed didakwa memfitnah Shima dengan menuduhnya tidak tahu tentang halal dan haram berhubung penganjuran sebuah konsert baru-baru ini serta berkata dia boleh terjerumus dalam golongan Ruwaibidhah.