Ketika ini, Burj Khalifa yang terletak di Dubai merupakan bangunan pencakar langit tertinggi di dunia dan menjadi simbolik kepada negara tersebut.
Terbaharu, Dubai dikatakan bakal bina bangunan pencakar langit terapung pula dan akan menjadikan ia bangunan terapung pertama di dunia. Difahamkan, rekaan bangunan tersebut yang dikenali sebagai Menara Analemma diperkenalkan oleh sebuah syarikat arkitek di New York, Clouds AO, sekitar lima tahun lalu.
Menjadi keunikan menara ini apabila bangunan ini akan digantung pada sebuah asteroid dan bukannya dibina di atas tanah seperti bangunan biasa. Untuk pengetahuan anda, NASA menjadualkan misi penangkapan asteroid dan dijangka pada tahun ini.
Selepas Agensi Ruang Angkasa Eropah berjaya membuktikan kebolehan mendarat di atas komet bergerak pada tahun 2015, maka hal ini dirasakan tidak mustahil untuk dilakukan mereka. Malah, bangunan tergantung di asteroid ini akan berputar dalam bentuk angka lapan setiap hari dan akan kembali ke tempat asal di Dubai.
Bukan itu sahaja, Menara Analemma ini akan dilengkapi ruang untuk pelbagai aktiviti daripada ruang pejabat, tempat tinggal dan banyak lagi. Pastinya pembinaan bangunan pencakar langit ini akan memakan kos yang amat tinggi. Akan tetapi, setakat ini masih belum ada sebarang maklumat lanjut tentang pembangunan projek Menara Analemma ini.
Sementara itu, sebuah taman tema seperti di Eropah akan dibina di Cameron Highlands. Klik pautan di bawah untuk ketahui lanjut.
ESCAPE Cameron Highlands Bakal Dibuka, Ski Ais Persis Di Eropah Antara Tarikan Utama
Selepas Kejayaan ‘Space Tour’, Richard Branson Mahu Bina Hotel Di Bulan