Ada satu malam saya dengan kawan singgah Family Mart. Teringin nak makan ‘oden’. Masa sampai tu panjang pulak beratur. Lapar benda sedap punya pasal, gigih juga kami tunggu. Sedang berbaris, saya perasan ada seorang lelaki mundar-mandir di bahagian roti.

Kejap dia pegang, tengok, kemudian letak balik salah satu bungkusan roti. Beliau berlalu ke bahagian rak lain. Tak lama lepas itu beliau kembali ke bahagian roti yang dipegang tadi.

Dia sentuh lagi bungkusan roti tadi sambil pandang kiri dan kanan. Saya tidaklah perhati beria tetapi boleh perasan muka dia macam resah. Sedang saya ralit scroll telefon, tiba-tiba sahaja saya ditegur.

“Bang, oo bang. Minta maaf bang”. Saya dongakkan kepala. Oh ni lelaki tadi. “Ya saya”. Mata saya pandang atas bawah. Tak pasti apa yang dia nak. “Bang, saya nak beli satu roti ni. boleh tak kalau abang belikan saya? Saya lapar. Saya nak beli tapi tak gaji lagi.” Minta lelaki tadi teragak-agak. Cuba nasib mungkin.

73460740_2463115100445482_1576312117856829440_o
Sumber: Mohd Faisal Yusuf

“Oh ya ka. Roti mana bang? Cuba ambil bagi saya tengok.” Saya tak berganjak dari barisan menanti giliran membeli. Dia terus pergi ke depan dan ambil roti yang dia belek tadi. Kemudian kembali kepada saya. “Ni rotinya bang. Harganya RM4.90.”

“Oh ya ka. Nah ambil duit ni pergi bayar di kaunter sana”. Saya tengok yang dia pilih kemudian hulur sekeping duit RM 5. Terus dia ambil dan bayar. Muka terus berubah ceria. Dia datang kembali ke saya dan ucap terima kasih. Kemudian cepat-cepat berlalu keluar kedai.

Ada satu benda yang buat saya berfikir masa tu. Saya jadi kurang senang sebab tak ada jawapan. Punyalah banyak roti, sandwic, kek dan bermacam lagi. Semua nampak sedap. Tapi kenapa dia pilih untuk saya bayarkan roti itu?

Dah la dalam wallet saya memang baki duit ngam-ngam untuk beli oden lepas saya beri dia duit. Curious sangat nak tahu, saya terus ke rak mencari roti yang lelaki tadi ambil. Saya tinggalkan kawan lagi sorang berbaris.

“Oh roti keju rupanya. Sedap sangatkah?”. Saya fikir panjang. Perut lapar oden. Duit ada ngam-ngam. Tapi teringinnya nak rasa roti ni. Apa yang special sangat. Saya pegang dan tengok isi. Nampak macam sedap. Sebungkus ada 4 slice.

Entah-entah mungkin 4 slice ni adalah roti yang dia nak berkongsi dengan isteri dan anak. Kalau ambil sandwic nak makan ramai mana nak cukup. Kalau ambil roti lain nak kena potong-potong. Nak beli roti Gardenia, memang lagi murah, mungkin tak sesedap yang ini.

73270865_2463114893778836_659056070076923904_n
Sumber: Mohd Faisal Yusuf

Akhirnya saya buat keputusan untuk beli. Tak apa lah oden tu, makan je lah lain kali. Tak pun ambil sedikit yang kepunyaan kawan. Selesai kawan membeli, kami pun balik. Dalam kereta saya terus makan roti keju tadi.  Dah rasa tu, baru tahu rasanya. Memang boleh tahan sedap pun rotinya.

Sedih pulak tiba-tiba. Kita ni macam-macam Allah dah beri. Namun kita masih rasa tak cukup dan hidup susah. Ada orang tunggu gaji untuk beli telefon baru, baju baru, kasut baru, tapi ada lain pula nak beli roti pun berharap pada gaji.

Bahagian yang paling best malam tu adalah saya tak sangka kawan akan beli oden dengan banyak. Hampir 20 ringgit juga di beli. Dia ajak makan sama. Belanja katanya. Kongsi berdua, dapatlah merasa makan sorang RM10. Masa ini entah kali berapa saya tetap kagum dengan hebatnya balasan kita tak berkira bila memberi. Saya beri 5, saya dapat 10. Lagi banyak kita beri, lagi berganda rezeki.

Kami kongsikan kepada anda dua lagi kisah pemuda yang berceritakan tentang rezeki. Klik pautan di bawah untuk membacanya.

Lelaki Ini Gunakan Rezeki Sebagai Penunggang Go-Jek Untuk Membangunkan Pusat Tahfiz

Peluh Abang Lokcing, Dibalas Dengan Rezeki Allah Yang Luas