Seorang peragut lari tidak cukup tanah apabila dia dikejar dua buah Ford Mustang selepas meragut seorang wanita wanita warga emas hadapan kawasan perumahan.

Kejadian yang berlaku lebih kurang pukul 9.35 pagi, 25 Februari itu dirakam pada sebuah cctv yang diletakkan dalam salah satu rumah di Jalan Anggerik, Kampong Manjoi Tambahan, Ipoh.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Semasa kejadian wanita warga emas itu berjalan seorang diri di tepi jalan, lalu beg yang dijinjingnya diragut dari belakang oleh seorang lelaki membawa motosikal.

“Mangsa yang berusia 63 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan, namun mengalami kerugian selepas wang tunai RM1,500, telefon bimbit dan dokumen-dokumen peribadi dibawa lari oleh peragut terbabit,” kata Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Yahaya Bin Hassan.

Tambahnya lagi, beliau meminta saksi lebih-lebih lagi dua pemandu Ford Mustang dan seorang lelaki berbaju putih yang kelihatan mengejar suspek tampil ke mana-mana balai polis berdekatan atau hubungi 016-327 8390 (Insp. Gopirajan A/L Murugiah) bagi membantu siasatan.

Dalam pada itu, netizen memuji ketiga-tiga orang awam yang menghulurkan bantuan dengan mengejar peragut terbabit.