Seperti yang kita sedia maklum, sebarang aksesori lampu seperti beacon light atau spotlight tidak boleh dipasang pada kereta persendirian sejak beberapa tahun lalu.
Baru-baru ini seorang pengguna TikTok bernama Cik Bunga Zara berkongsi sebuah rakaman dashcam yang memperlihatkan bagaimana dia mengalami kemalangan kerana tidak menyedari kehadiran sebuah lori ketika waktu awal pagi.
Baca Juga:
- Buat Aksi ‘Drift’ Sampai Kemalangan, Pemandu Toyota Supra Kena Tidur Lokap
- Pekerja Kedai Didakwa ‘Test Drive’ Honda Milik Pelanggan Sampai Kemalangan
Menerusi video tersebut, dapat dia dilihat sedang memandu menerusi sebuah jalan dengan tenang. Namun, semuanya berubah apabila kehadiran sebuah lori yang keluar daripada simpang yang mana pada ketika itu sangatlah gelap.
Dia hanya menyedari kewujudan lori itu selepas sudah mendekatinya di sebuah simpang dan tidak sempat untuk menekan brek lagi. Kereta wanita itu lantas menghentam bahagian tepi lori terbabit namun semua dalam keadaan terkawal.
Susulan insiden itu, dia meluahkan rasa tidak percaya kerana telah terlanggar sebuah lori dan turut mempersoalkan mengapa tidak memasang lampu kelip-kelip atau istilah sebetulnya beacon light pada bahagian tepi lori tersebut.
“Kenapa la sang lori ini tak ada lampu kelip-kelip ke apa ke, Allahuakbar aku macam tak percaya je ak dah langgar lori ni,” ujarnya di kapsyen video itu.
@cikbungazaraa77 kenapa la sang lori ni tak lampun klip ² ke apa ke allahuakbar aku mcm tak caya je aku la langgar lory ni
Setakat ini, video yang dimuat naik itu berjaya meraih 1.9 juta jumlah tontonan dalam masa yang sama menerima pelbagai reaksi daripada netizen.
Ramai netizen yang mendakwa bahawa beacon light sudah tidak boleh dipasang pada lori lagi meskipun mempunyai kebaikan untuk memberi amaran terutamanya di kawasan gelap seperti situasi di dalam video tersebut.
Sebahagian lain pula berpendapat jalan yang dilalui terlalu gelap kerana tiada lampu jalan di lokasi itu. Malah, ada yang mendakwa perkara ini mungkin boleh dielakkan jika dipasang lampu highbeam dan sentiasa berwaspada ketika melalui jalan sebegini.