Bangunan pencakar langit bukanlah sesuatu yang asing di negara kita. Bahkan kita sebelum ini pernah mempunyai menara-menara bertaraf antarabangsa seperti Menara Berkembar Petronas dan juga menara Exchange 106.
Dan kini selepas beberapa tahun, kita sekali lagi akan menyaksikan satu lagi bangunan pencakar langit akan disiapkan di Kuala Lumpur yang dikenali sebagai Merdeka 118. Menara setinggi 630 meter yang berada di ibu kota itu bakal menjadi bangunan kedua tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa di Dubai yang berketinggian 829.8 meter.
Bagaimanapun apa yang mencuri perhatian kali ini adalah bukannya ketinggiannya yang mampu menandingi ketinggian bangunan tertinggi di dunia itu, namun reka bentuknya yang mengambil inspirasi daripada imej perdana menteri pertama kita Tunku Abdul Rahman.
Inspirasi untuk reka bentuk menara itu menurut laporan media dan ciapan yang dibuat oleh akaun Twitter pada semalam dikatakan mengambil inspirasi daripada imej ikonik Tunku Abdul Rahman ketika perisytiharan kemerdekaan negara di Stadium Negara pada 1957.
Rekaannya pula bukan biasa2 nyah… Ia adalah berdasarkan "silhouette" imej Tunku Abdul Rahman (TAR) sewaktu beliau mengangkat tangan melaungkan "Merdeka!" pada 31 Ogos 1957.
Jadi, spire (tiang) dekat puncak menara ni bukan saja2 pacak tau, tapi sebab ia melambangkan tangan TAR. pic.twitter.com/hTxwg5UFB9
— Skyscrapers MY (@SkyscrapersMY) September 1, 2020
Bukan sahaja reka bentuknya yang kelihatan diinspirasikan daripada imej ikonik tangan mantan perdana menteri kita namun bangunan yang terletak diantara Stadium Negara dan Stadium Merdeka ini turut mempunyai banyak lagi inspirasi seperti dikongsikan akaun Twitter @SkyscrapersMY ini.
Antaranya adalah reka bentuk bahagian kacanya yang dikatakan mengambil inspirasi daripada motif songket Melayu serta bentuk segi tiga pelbagai saiz pada permukaannya pula dikatakan melambangkan kepelbagaian budaya di Malaysia.
Pada Mei lalu, Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB) ketika itu menjelaskan bangunan tersebut berada pada tahap kemajuan 50 peratus siap dengan ketinggian semasa adalah 111 tingkat.
Manakala Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Dr Zeti Aziz seperti dipetik dalam laporan Harian Metro sebelum ini menjangkakan bangunan tersebut akan siap sepenuhnya pada akhir tahun depan (2021).
“Ia juga akan menempatkan empat tingkat dek pemerhatian yang menawarkan pemandangan bandar raya Kuala Lumpur.
“Ia dijangka siap sepenuhnya menjelang akhir tahun depan,” katanya.
Baca perkongsian lain kami mengenai Menara Merdeka 118 sebelum ini di pautan di bawah.
Rupanya Hero Di Sebalik Pembinaan Struktur Menara Jam Di Mekah Adalah Rakyat Malaysia
Menara Kediaman Tertinggi Malaysia Bakal Dibina Di Bukit Bintang