Kampung Kuala Hau di Kelantan menjadi buah mulut orang ramai pada ketika ini apabila air banjir yang berada di kawasan itu bertukar menjadi warna hijau.
Menerusi carian ‘air hijau kampung hau’ di TikTok, didapati ramai penduduk setempat tidak melepaskan peluang melalui jambatan Kuala Hau untuk melihat fenomena air hijau itu.

Baca Juga:
- Kelantan Cadang Bina Terowong Untuk Atasi ‘Banjir Termenung’
- Cikgu Di Kelantan Sangka Berhubung Dengan Artis Kacak Korea, Ditipu Lebih RM200,000
- Kelantan Bakal Keluarkan Beras Tempatan Jenama Sendiri Pada Tahun 2024
Penduduk setempat menyatakan perkara itu bukanlah baharu, fenomena itu sudah berlaku sejak tiga tahun lalu apabila musim banjir, petik Berita Harian.
@fhraslfikahmd_ Replying to @نور فتيه 🖤🦋 memang cantik betul ciptaan Allah ✨ ni view pagi ni. Yg duk kata pakai filter/edit tu boleh tengok vtt ni 📍Gertok Panjang Kampung Kuala Hau Temangan Kelantan #banjirairhijau #banjirkelantan2023 #banjirkelate2023
Penduduk kampung, Wan Syafiq Wan Suhaimi, 23, berkata kawasan berkenaan adalah anak sungai dan bertukar menjadi lautan hijau apabila hujan lebat berterusan.
“Air mula bertukar kehijauan pada Sabtu lalu dan penduduk kampung merakam situasi berkenaan sehingga tular di media sosial.
“Tiga tahun lalu, fenomena ini belum tular kerana dianggap perkara biasa bagi penduduk,” katanya.
Sementara itu Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kelantan dilapor akan mengambil sampel air sungai di kawasan itu untuk dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia bagi mengenalpasti kandungan bahan pencemar serta menyiasat punca terjadinya fenomena air berwarna hijau.
@shopbylieyaa hk mno oyk edit tu g laa tgk sdiri.. bru puas hati😚 #banjir2023 #airhijau💚 #kampungkualahautemanganmachangkelantan #fyp #fypp
“Keputusan kimia sampel air yang diambil akan diketahui dalam masa yang terdekat,” jelas Pengarahnya, Wan Aminordin Wan Kamaruddin.
Menerusi komen-komen yang dikongsikan netizen, mereka mengganggap fenomena itu perlu dilihat sendiri sekali seumur hidup.
Ada yang melontarkan cadangan supaya tempat itu ‘dicantikkan’ supaya menjadi tempat tumpuan pelancong.
Bagaimanapun idea tersebut ditolak ramai kerana fenemona itu mungkin terjadi hanya bila berlaku banjir sahaja — apabila air sudah surut, tiada lagi ‘air hijau’ di situ.