Selain digunakan oleh golongan dewasa,trend mencipta akaun Instagram oleh ibu bapa bagi kanak-kanak dan bayi yang baru dilahirkan seakan menjadi ikutan dalam kalangan netizen terutama golongan selebriti dan artis.

Terbaru, anak kepada artis tempatan Hanis Zalikha dan Hairul Azreen iaitu Alisa Aisyah menjadi antara sensasi terbaru di Instagram selepas berjaya mencatatkan sejumlah sejuta followers di Instagram.

Walaupun nombor tersebut tidaklah terlalu tinggi jika dibandingkan dengan artis-artis lain serta ibunya namun keupayaannya menarik sejumlah besar pengikut di saat baru berusia satu tahun sudah pastinya bukan sesuatu yang biasa diraih bayi seusia dengannya.

Akaun yang diruskan Hanis dan Hairul itu berkongsi dengan peminat mereka tentang aktiviti harian yang dilakukan anak perempuannya itu sama seperti abangnya sebelum ini Yusuf Iskandar.

Yusuf yang menjadi ikutan di media sosial dek kerana telatah lincahnya bersama kucing kesayangan mereka Bujibu sehingga kini sudah memiliki lebih 2 juta pengikut di Instagram.

Manakala kedua-kedua ibu bapa mereka pula mempunyai jumlah pengikut terkumpul seramai 10 juta di aplikasi media sosial tersebut.

yusuf

Tidak dapat dinafikan media sosial kini menjadi salah salah satu platform  yang tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan seharian kita. Pantang ada masa terluang, pasti sahaja kita akan membelek aplikasi-aplikasi ini bagi mengetahui perkembangan semasa.

Maka tidak hairanlah, jika aplikasi-aplikasi ini digunakan oleh hampir semua orang kerana tidak mahu ada yang ketinggalan dengan perkembangan terbaru rakan-rakan serta artis kegemaran mereka.

Selain Instagram, TikTok juga menjadi salah satu aplikasi media sosial pilihan ramai ketika ini termasuk artis. Tonton perkongsian Dato Siti Nurhaliza bersama puterinya melakukan Wipe It Challenge baru-baru ini di bawah. 

Suntingan Video ‘Wipe It Challenge’ Tok Ti Berterabur, Netizen Tampil Salahkan Cermin

Netizen Puji Cara Azhar Sulaiman Nasihat Anak Selepas Terjebak ‘Kegilaan’ TikTok